Saturday, August 17, 2013

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan

Pilihan 1: Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Pilihan 2: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula Melaka. Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Pilihan 3:Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

Pilihan 4: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 5: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar, tetapi jangan sampai hangus. Makanlah bawang tersebut sampai habis.

Pilihan 6: Ambil 7 cawan air dan 5 keping kulit rambutan dan rebus. Biarkan hingga air menjadi secawan. Minum setelah air suam.




Sumber:FB ensiklopedia Petua Melayu lama

Petua Untuk Menguatkan Antibodi

Petua Untuk Menguatkan Antibodi

1. Elakkan pengambilan ubatan (dan produk), rawatan dan pembedahan yang tidak perlu.

2. Kurangkan pengambilan antibiotik.

3. Jaga kebersihan.

4. Elakkan sabun dan detergent antibakteria. Tubuh perlukan bakteria umum untuk mengenal kuman baru. Produk antibakteria hanya membantu membentuk bakteria kebal.

5. Elakkan suntikan vaksin.

6. Jangan buang organ-organ sistem imun yang penting (tonsil, apendiks, limpa) tanpa alasan yang wajar.

7. Jauhi sinaran terik matahari dan radiasi elektro-magnetik. Radiasi ultraungu (UV) dari pancaran matahari boleh menjejaskan sistem imun. Apabila kulit terlalu terdedah kepada radiasi UV, aktiviti sel-sel berdarah putih yang menghasilkan antibodi akan tertekan. Kesan-kesannya bukan sahaja membabitkan bahagian kulit yang terdedah kepada matahari, malah boleh berlaku pada bahagian kulit yang terlindung dan seluruh sistem imun. Akibatnya, tubuh gagal menghasilkan antigen yang diperlukan untuk melindungi pelbagai penyakit.

8 Awasi kimia berbahaya. Elakkan tampalan raksa untuk gigi, kosmetik yang mengandungi kimia beracun, plastik dan cat kerana kesemuanya menekan sistem imun. Tanda-tanda umum kesan keracunan logam berat termasuklah sakit kepala, tekanan darah tinggi, letih, sakit otot, sakit sendi, masaalah penghadaman, sembelit, bingung, ketidak seimbangan hormon dan kemurungan.

9. Pilih diet yang sihat. Kekalkan diet yang sihat dan seimbang. Amalkan pemakanan yang baik, iaitu makan makanan tulen. Tubuh memerlukan vitamin, zat galian, dan sumber protein serta karbohidrat yang seimbanguntuk membina semula sel-sel dan berfungsi dengan sempurna. Kekurangan zat makanan menyebabkan organ-organ yang sepatutnya melindungi kita menjadi lemah, dijangkiti dan gagal berfungsi. Kekurangan vitamin atau zat galian merendahkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit.

10. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia mengandungi vitamin-vitamin penting selain fitokimia yang membantu tubuh menentang penyakit.



sumber:FB ensiklopedia Petua melayu lama

Petua Untuk Mengawal Kesihatan Jantung

Petua Untuk Mengawal Kesihatan Jantung

1. Kawal Berat Badan - Berat badan yang berlebihan menandakan kandungan lemak yang banyak di dalam badan. Lemak akan berada di seluruh badan termasuk di jantung. Lemak yang terkumpul di jantung akan menggangu fungsi jantung.

2. Pemakanan -

• Untuk mengelak penyakit jantung, kita mesti memberi perhatian atas apa yang kita makan. Kita perlu mengelak dari mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolestrol seperti mentega, minyak sapi, santan dan sebagainya.
• Kita digalakkan untuk memakan lebih sayur sayuran sepeti,karot, kubis, sayur berdaun hijau dan lbuah-buahan. Kita digalakkan mengamalkannya setiap hari.
• Satu lagi yang perlu anda jauhi adalah alkohol. Ia akan menyulitkan proses penurunan berat badan dan juga merbahakan kesihatan terutamanya kepada hati.

3. Senaman - Bersenam setiap hari kerana ia amat baik untuk kesihatan. Senaman yang teratur amat baik untuk memastikan jantung anda dapat berfungsi dengan baik. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Juga membantun tekanan darah diturunkan.

4. Merokok - Majoriti rakyat Malaysia yang diserang penyakit jantung adalah di kalangan perokok. Pesakit jantung dinasihatkan agar memberhentikan tabiat merokok ini bagi mengurangkan risiko penyakit ini berulang.

5. Perubahan Gaya Hidup -

• Penyakit jantung biasa dikaitkan dengan gaya hidup seseorang sama ada pemakanan, tabiat merokok, aktiviti harian dan sebagainya. Cubalah hidup dalam gaya hidup yang sihat agar anda terhindar dari sebarang penyakit.
• Kesedaran di tahap awal amat penting bagi mengelak sebarang penyakit menjadi lebih serius.



Sumber:FB ensiklopedia petua Melayu lama

Petua Untuk Menambahkan Darah Dalam Badan

Petua Untuk Menambahkan Darah Dalam Badan

Pilihan 1: Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam. Kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.

Pilihan2: Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.



Sumber:FB ensiklopedia Petua Melayu Lama

Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan

Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan

BAHAN-BAHAN:
1 biji epal
Daun saleri

1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

NOTA: Petua ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.



Sumber:FB ensiklopedia melayu lama

Petua Untuk Mencuci Tudung

Petua Untuk Mencuci Tudung

a. Tudung dari Bahan Polyster

1. Rendam berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.
2. Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.
3. Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.
4. Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.
5. Setelah kering, seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak. Kemudian, gantung atau lipat.

b. Tudung dari Bahan Sutera

1. Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.
2. Tidak perlu cucian tangan. Memadai dengan merendamnya selama 20 minit.
3. Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.
4. Segera dicuci apabila terkena kotoran.
5. Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

c. Tudung dari Bahan Kapas

1. Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.
2. Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
3. Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

d. Tudung dari Bahan Tenunan

1. Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.
2. Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
3. Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.
4. Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

e. Tudung dari Bahan Pashmina

1. Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.
2. Dikocak perlahan, bilas dengan air bersih dan perah.
3. Keringkan di tempat teduh, seterika cara terbalik dan digantung.


Sumber : FB ensiklopedia petua melayu lama