Saturday, January 4, 2014

RESEPI: KARI KACANG SEPAT (MOCHA KOTTA KUZLAMBU).mamak haji

RESEPI: KARI KACANG SEPAT (MOCHA KOTTA KUZLAMBU).
Bahan-Bahan:
- 1 cawan kacang sepat (kacang mocha kotta).
- 2 biji terung bulat sederhana besar dipotong empat.
- 10 biji bawang merah kecil dihiris (2 biji bawang labu dihiris).
- 2 ulas bawang putih diketuk buang kulit.
- 2 biji tomato sederhana besar dipotong empat.
- 1/2 cawan perahan asam jawa pekat.
- 2 cawan air.
- 1 sudu kecil halba campur.
- 8-10 helai daun kari.
- 3 sudu besar minyak masak untuk tumis.
- 1 cubit serbuk asafoetida atau hing powder.
- 2 sudu besar serbuk cili.
- 2 sudu besar serbuk ketumbar.
- 1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 sudu kecil 'sambar powder' kalau ada.
- Garam dan gula secukup rasa.
CARA-CARA MASAK:
1. Rendam kacang ini semalaman. Rebus dengan 1 sudu kecil garam. Rebus 45- 60 minit atau sehingga kacang ini kacau picit mudah kulitnya tanggal dan lembut. Toskan.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minak panas masukkan halba campur. Bila rempah mula letop-letop, kecilkan api dapur dan masukkan pula serbuk asafoetoetida, hirisan bawang, bawang putih. Tak perlu garingkan bawang cuma lembut sudah memadai.
3. Bila bawang lembut masukkan tomato dan daun kari dan masukkan terong dan layukan. masukkan kacang sepat dan juga sedikit garam untuk kuahnya. Gaulkan serata 1-2 minit.
4. Masukkan perahan air asam dan juga air 2 cawan. Masukkan serbuk ketumbar dan juga serbuk cili. Didihkan adunan ini sehingga terung masak dan juga kari mulai pekat.

Resipo nasi goreng ala thai mamak haji



RESEPI: NASI GORENG AYAM 'ALA THAI.
Nasi Goreng Thai ini digelar dalam bahasa Thai, " Khao Pad Gai". "khao" bermaksud Nasi, "Pad" bermaksud Goreng dan "Ghai" bermaksud Ayam. Dalam masakan nasi goreng bahan yang penting ialah nasi. Nasi yang terbaik untuk digunakan ialah Nasi semalaman yang di simpan dalam peti sejuk. Nasi yang baru masak pun tak salah digunakan tetapi ia perlu disejukkan dulu. Nasi goreng butir Nasi perlu peroi sebiji-biji, tidak terlalu kering dan sederhana kembang (fluffy). Suhu dalam Peti sejuk biasanya boleh menyerapakan kelembapan dan mengeringkan nasi. Jangan salah anggap dengan sifat sejuk. kesejukan sebenarnya proses yang menyerapkan kelembabpan dalam udara dengan mengeluarkan haba. Udara mempunyai kelembapan (moisture). Sifat molikul air ini yang terdapat dalam udara, selalunya akan berkumpul pada bahagian paling sejuk. Contohnya ais dalam sebuah bekas. Anda boleh nampak titisan air terkumpul diluar bekas. Ia adalah kelembabpan yang terkumpul dari udara sekelilingnya. Maka jangan salah faham, fungsi peti sejuk atau penghawa dingin (air-cond) bukan untuk melembabkan udara tetapi menyerapkan kelembapan (moisture) yang terdapat di dalam udara disekeliling. Orang perempuan yang tidur dalam bilik berhawa dingin kalau nak jaga kulit muka pakailah "moiturizer" atau krim pelembab sebelum tidur ini petua orang model, dulu petuanya pakai bedak sejuk. tepung beras penyerap kelembabpan yang terbaik. kalau ikan nak goreng nak garing, sapu sikit tepung beras. Ini terbalik yea!. Jangan pakai tepung beras kat muka tapi pakai pelembab atau timun. Kalau yang sekang mata kerana tulis posting atau chating itu pakai timun kat mata..boleh hilangan "black circle" atau kawasan mata jadi hitam. Kalau tak hilang juga dengan pakai hirisan timun.. pakai minyak sapi (kalau tahan baunya) gerenti hilang dalam sehari saja. Maka kalau ingin menyimpan apa saja bahan makanan di peti sejuk tentukan kelembapan bahan makanan itu terpelihara terutamanya daging atau pun sayur-sayuran supaya ia segar. Pastikan bahan makanan disimpan di peti sejuk di dalam bekas atau pun beg plastik yang kedap udara.

Jumlah hidangan: 5 hingga 7.

BAHAN-BAHAN:
RESEPI: NASI GORENG AYAM 'ALA THAI.
- 4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
- 1 keping dada ayam. Dihiris 1/4" X 1/2" (kalau berniaga besar sedikit saiz supaya nampak ayam itu, saiz ini sesuai untuk anak-anak di rumah).
- 3 sudu besar kicap cair.
- 4 helai daun bawang dihiris halus untuk hiasan di atas hidangan nasi goreng.
- 1 batang serai. Hiris halus cuma bahagian dlm yang unggu saja atau bahagian luar yang putih. Ini bahagian lembut serai dan boleh dimakan.
- 2 biji bawang merah dihiris halus (bawang kecil siam).
- 3 ulas bawang putih diketuk dan dihiris halus.
- 1" bersaiz ibu jari lengkuas dibuang kulit dan dihiris saiz batang mancis sekiranya rasa lengkuas tidak sukai boleh gantikan dengan halia.
- 3 cili api dihiris halus atau diketuk. (boleh kurangkan atau tambah).
- 2 biji telur ayam dipukul dengan ditambah 1 sudu kecil air.
- 1 batang celery.
- 1/2 cawan kacang campur frozen. Rendam dengan air panas dan toskan.

PERENCAH (SOS) UNTUK GORENGAN:
- 3 sudu besar stok ayam atau gunakan 1 ketul stok sedia guna (hancurkan dan cairkan dalam 3 sudu besar air).
- 3 sudu besar kicap sos ikan.
- 2 sudu besar kicap cair Maggie.
- 1 sudu besar jus limau nipis.
- 1/4 sudu kecil (tsp) lada sula (putih).
- 1/4 sudu kecil (tsp) gula. (secubit).

CARA-CARA MENGORENG:
1. Sediakan nasi seperti saranan di atas. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan ditepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia akan melekat pada kuali dan bila mula digaulkan akan hancur. Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai peryeri hidangan yang lain walau tanpa gunakan kuali tak melekat.

2. Masukan semua perencah (sos) gorengan dalam sebuah mangkok dan tentukan gula dan lada sula dikacau rata untuk adunkan bersama dalam sos tersebut.

3. Hidupkan dapur dengan api sederhana. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan. Masukkan 2 sudu besar minyak kembali dan goreng bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang, serai dan cili selama 2-3 minit. Masukan hirisan ayam. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air stok ayam 1-2 sudu besar. Masukan celery dan goreng 1-2 mini lagi.

4. Kuatkan api dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos perencah sedikit demi sedikit dengan diiringi gorengan. Kita masukan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan menjadi kembang. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi, ia akan jadi keras. Goreng sehingga 5 minit. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Masukan kacang campur dan goreng selama 2-3 minit lagi. Nasi goreng anda siap. Jangan lupa "rasa" garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap ikan, kalau masin tambah perahan air limau sedikit. *Untuk peniaga bila kata nasi goreng ayam, pelangan inginkan macam nasi ayam, ayam perlu diletak tepi. Buatlah apa yang patut untuk memuaskan hati pelangan. Sediakan ayam goreng kunyit dihiris, letak tepi pingan dengan sos cili thai (nanti mamak haji bagi bagaimana sediakan sos thai dengan murah), hirisan timun dan tomato. Peh..terangkat.

5. Cara mamak haji tulis resepi memang panjang berkenaan sesuatu resepi, memang kalau baca nampak susah tetapi bila kita tahu yang mana bahan perlu nak masukan dulu dan kemudian, ia sebenarnya mengambil masa cuma 15 minit saja. Kita pertama kali keliru dengan langkah-langkah dan kawalan api.

Don’t Reheat Rice from a Restaurant

Don’t Reheat Rice from a Restaurant

Bringing home rice is dangerous, especially if you don’t know how it was prepared. The rice has the opportunity to set at room temperature before it can be refrigerated, which allows toxic spores to germinate. If you take home leftovers from a restaurant–leave the rice behind. That includes fried rice, which is the culprit in many cases of rice food poisoning. Don’t take chances with your health by reheating restaurant rice at home.

Don't FORGET to Like, share and tag your friends please —

Friday, January 3, 2014

selawat munjiah


Green Detox Smoothie


Petua Untuk Buangkan Angin Dalam Perut

Petua Untuk Buangkan Angin Dalam Perut

Amalkan meminum air rebusan jintan manis dan halia. Sesudu besar jintan manis dan seinci halia yang telah dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa kali (10 hingga 15 minit). Biarkan suam dan minum.

Petua Mencuci Kotoran Pada Pakaian

Petua Mencuci Kotoran Pada Pakaian

1. Pakaian yang kotor terkena dakwat hendaklah dicuci dengan cuka atau air asam limau.

2. Jika terkena minyak tanah, kain itu diwap dahulu sebelum dicuci.

3. Kotor yang terkena minyak, dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit. Kemudian baharulah dibasuh.

4. Jika pakaian terkena darah, bilas dahulu dengan air suam sebelum dibasuh.

how to remove permanent marker from everything!


Thursday, January 2, 2014

TANDA-TANDA HATI KOTOR

TANDA-TANDA HATI KOTOR

- Gelisah walaupun tiada masaalah
- Selalu berbangga dengan diri sendiri
- Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
- Sombong dan bongkak
- Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
- Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
- Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
- Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
- Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
- Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
- Menyampaikan ilmu dengan riak
- Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
- Berpakaian elok untuk dipuji
- Derhaka kepada kedua ibu bapa
- Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang
- Suka meruntuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
- solat yang tidak boleh khusyuk
- kagum terhadap diri sendiri
- selalu mencari salah orang
- cinta kepada duniawi dan materialistik
- mudah bersangka buruk terhadap orang
- membesar besarkan hal yang remeh temeh
- suka bergosip dan menabur fitnah
- Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

(Layari Portal Berita Mynewshub)

Monday, December 30, 2013

Siapakah Wahabi/ Wahabbi/ Wahaby?

Old Fashioned Half Pound Cake from Granny's Favorites Cookbooks

Old Fashioned Half Pound Cake 

1/2 lb. butter
1 2/3 c. sugar
Pinch salt
5 eggs
2 c. flour
1 tsp. vanilla
1/2 tsp. pure lemon extract or 1 tsp lemon zest

Cream butter and sugar very well. Add eggs one at a time. Beat well after each addition. Add extract then beat in salt and flour. Butter and Flour loaf pan. Bake 40 minutes at 350 degrees F. May dust with powdered sugar or serve with sliced fruit and fruit syrup.

Double recipe for full pound cake and bake in bundt pan for 1 hour 15 minutes .

The Old English Pound Cake had 1 lb of each butter, sugar, eggs and flour plus a bit of salt, lemon or vanilla for flavoring.

8 SIGNS OF A HEALTHY HEART

8 SIGNS OF A HEALTHY HEART

1. One considers himself as belonging to the next world and not this world. He is a stranger in this world anxious to reach his abode in the Hereafter.

2. One continues to be upset with himself anytime he commits a sin until he finally and completely repents to Allah.

3. One is more upset and unhappy if he misses his daily recitation of the Qur’an and dhikr, than if he had lost his wealth.

4. One finds greater pleasure worshiping Allah than any pleasure in eating and drinking.

5. One’s worries and concerns about this world leave him whenever he begins his formal prayers.

6. One’s only concern and worries are about Allah and doing deeds only for His sake.

7. One is more concerned and stingy about wasting time than a greedy person is with respect to his wealth.

8. One is more concerned about the correctness of his deeds than with the performance of the deeds themselves.

- Ibn Qayim Rahimullah

Barley health benefits


Resepi Kari Ayam Melayu Cape Afrika Selatan. oleh mamak haji..

RESEPI: BO-KAAP CAPE MALAY KERRIE/ South African Cape Malay Chicken Curry / Resepi Kari Ayam Melayu Cape Afrika Selatan. 
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam di potong 8 bahagian.
- 1 Bawang labu sederhana besar dihiris.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 tin tomato puri 430gm.
- 1 sudu besar gula.
- 1 sudu besar jus lemon atau limau.
- 2-3 sudu kecil garam - ikut kemasinan.
- 4 sudu besar minyak.
PENYEDIAAN REMPAH:
- 2 sudu kecil serbuk ketumbar.
- 1 sudu besar serbuk cili (tambah kalau nak pedas sikit).
- 2 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 2 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1 sudu kecil serbuk kunyit.
- 1 sudu kecil serbuk (di kisar kasar) lada hitam.
- 10 -15 biji buah pelaga. Di goreng kering dan kisar.
- 1 keping 2" kayu manis.
- 1 sudu besar garam masala.

CARA MEMASAK:
1. Kumpulkan semua rempah didalam bekas.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Masukkan hirisan bawang dan mula goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Sedehanakan api dapur dan masukkan rempah di atas. Rempah jangan goreng sehingga hangus, dalam 1 - 2 minit sudah memadai.
3. Masukkan puri tomato dan sebatikan dengan rempah.
4. Masukan ketulan ayam dalam kuali. Kacau dan salutkan ketulan ayam dengan adunan rempah dan tomato puri.Bila agak kering rendahkan api dapur dan masak ketulan ayam dengan berkeadaan reneh. Tutup kuali dengan penutup selama 25 minit.
5. Masukkan gula, garam dan gula dan jga jus lemon.
6. Biarkan dalam masak dalam keadaan reneh 15 minit atau sehingga masak sempurna ketulan ayam.
7. Masakan anda telah siap dan boleh lah dihidangkan.

FENUGREEK TEA



TRY FENUGREEK TEA! It’s bitter, rich in fiber. Its flavonoids has the potential to prevent colon cancer by modulating β-glucuronidase and mucinase activity in the colon. In other words, as we eat so much supermarket food, preserved, processed and everything else, adding fenugreek to one’s diet can be a long term investment to possibly prevent the big C, colon cancer. Try it today and let us know whether you could handle the bitterness.

The health benefits of walnuts

The health benefits of walnuts

1. They can reduce the risk of breast cancer
Eating about 28 walnut halves a day provides antioxidants and phytosterols that may help reduce the risk of breast cancer

2. They're packed with omega-3 fatty acids
A diet rich in omega-3s is beneficial in reducing depression, attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD), cancer and Alzheimer’s disease and there’s also strong evidence that omega-3s counter inflammatory diseases such as rheumatoid arthritis and Crohn’s disease.

3. They can reduce risk of diabetes
Women who reported eating one ounce (30 g) of nuts at least five times per week reduced their risk of type 2 diabetes by almost 30 percent compared to those who rarely or never ate nuts, The mono- and polyunsaturated fats in nuts are good for insulin sensitivity.

4. They contain antioxidants that boost heart health
walnuts have higher quality antioxidants and a mix of more healthful antioxidants than any other nut.

5. They can help you deal with stress
A diet rich in walnuts and walnut oil may help the body deal better with stress
walnuts and walnut oil lowered both resting blood pressure and blood pressure responses to stress in the laboratory. The researchers said the study shows that a dietary change could help our bodies better respond to stress.

Sunday, December 29, 2013

Petua Untuk Menghilangkan Sedu

Petua Untuk Menghilangkan Sedu

Pilihan 1: Cincang buah papaya yang sudah cukup masak, Kemudian campur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 1/2 sudu madu asli. Makan sedikit demi sedikit. Amalkannya 2 kali sehari.

Pilihan 2: Hilangkan sedu dengan menarik nafas sedalam yang boleh dan lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.

Amazing benefits of soursop leaves


13-01-2013 DR.ABDUL BASIT Tajuk: Beberapa Amalan Penghapus Dosa (Istighf...