Sunday, August 10, 2014

Tips Mudah Bangun Malam oleh saudara farhan Syah

Tips Mudah Bangun Malam

1. Jangan fikir bahawa ianya sekadar nak sedar sahaja. Dia ada banyak part sebenarnya > sedar, bangun & penuhi malam. Kalau dah sedar, tak bangun tak guna juga. Kalau dah bangun tetapi tak optimize juga tak guna.

2. Ingat, segala apa yg kita buat sepanjang hari, akan tereflect juga pada tidur. Jadi, kalau kita buat kerja kuat dan lasak, body kita perlu recover lebih. Kalau seharian kita penuh dengan benda tak berkualiti, tidur juga akan tidak berkualiti. Kalau seharian kita buat benda yang berkualiti, perfect, dan ingat allah, tidur kita juga akan sama2 berkualiti.

3. Tiga komponen penting untuk kita mampu optimize waktu malam kita : kerohanian, mental dan fizikal.

4. Kerohanian:

- berwudhu'
- baca 5 ayat pertama surah al-baqarah
- baca ayat al-kursi dan 2 ayat selepasnya
- baca 3 ayat terakhir al-baqarah
- baca al-ikhlas, al-falaq, dan an-nas, tiup ke tapak tangan, dan sapu dari kepala ke kaki (ulang 3x)
- baca subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahu akbar 33x
- berdoa. Doalah apa-apa, untuk diri, untuk syurga, untuk keluarga, rakan, dan ummat. Doa diampunkan dosa-dosa lama dan dosa hari ini.
-maafkan semu orang yang buat salah kat kita, dan pohon supaya allah membuka hati orang lain semua supaya maafkan kita juga
- ingat, yang ini mungkin peluang terakhir kita berdoa, jadi jadilah seorang yang tamak. Mintalah apa pun
- doa supaya, sekiranya kita mati mlm ni, mati kita adalah dalam iman, dan sekiranya kita masih hidup, berdoa yang esok lebih baik dari hari ini, dan dimudahkan dan diberkati allah dalam segala urusan esok hari
- doa juga, "ya allah, kau lebih tahu sebanyak mana tidur yang tubuh aku perlu, maka kau bangunkanlah aku saat ia sudah cukup"Insya-allah dia akan bangunkan, dan mungkin dia akan bangunkam pukul 2,3,4 atau 5. Tak penting, yang penting, bangun bila sahaja kita bgun. Ingat, tdur kita sudah pun cukup.Tak perlu kunci jam pun xper.
- dah sedar, terus puji allah, dan berdoa-lepas tu bergegas Ambil wudhu' dan solat. Jangan ambil masa untuk berfikir! Bila kita berhenti untuk berfikir, nafsu dan syaitan akan mengganggu.jangan beri peluang kepada mereka.

5. Mental:

Untuk mudah bangun selepas sedar, kita kena setkan dulu minda kita sewaktu kita tidur.

Buat satu image training, step by step apa yang kita akan buat waktu kita sedar nanti.

Insya-allah kalau kita dah rancang awal2, baru bangun kita bermakna.

Orang selalu tanya saya, apa saya buat bangun awal2? Banyak masa sebelum subuh. Ya, orang lain mungkin tdur balik. Tapi itu sia2 sebenarnya. Bagaimana nak optimize masa yang allah beri tu, adalah rancang dulu terlebih awal, dan ia perlu dirancang sebelum tidur. Sekiranya kita rancang lepas sedar, kemungkinan besar kita akan tidur kembali.

Kena benar2 yakin, yang Allah bangunkan kita saat kita sudah cukup tidur. Ramai kejar pukul 5, 5.30, walhal waktu itu sangat singkat. Kalau kita dibangunkan pukul 1,2,3 pagi bukankah lebuh banyak amalan dan kerja yang kita boleh buat?

6. Fizikal:

- Tidur

Beri masa dalam 4 jam untuk tidur. Kalau pekerjaaan kita pada siang hari itu berkualiti, insya-allah kita hanya memerlukan kurang dari 4 jam untuk tidur. Sekiranya biasa, maka 4 jam sudah cukup. Sekiranya tak berkualiti, itu yang menjadikan 4 jam tak cukup.

Kalau kita rasa nak bangun pukul 2, tidurlah dalam pukul 10 mlm. Kalau kita biasa tidur pukul 12, maka expect untuk bangun pukul 4, dan bukan pukul 5!

- Makan

Apa yang kita makan sehari-hari juga akan membantu kita waktu tu. Jauhi makanan haram dan syubhah, makanan yang memudharatkan dan yang tak elok seperti MSG, fast food etc. Yang ni penting - jauhi ayam bandar. Ayam bandar ni merupakan makanan harian biasa yang sangat teruk sebenarnya.

Saya selalu buat eksperimen dengan diri, nak tahu makanan itu baik atau tidak. Contoh, bila saya makan sekian2, apa efek dia kepada kerja dan ibadah saya. Efek ayam ni, dia akan menjadikan saya semalas-malasnya. Dan memang sangat jelas bezanya bila saya tak makan. Oleh itu, saya klasifikasikannya sebagai makanan buruk. Nak percaya atau tak, terpulang.

7. Kalau boleh, jadikan solat isya' kita dekat dengan waktu tidur kita. Solat sunat selepas isya' adalah ibadah fizikal terakhir kita. Xde lagi perbincangan kerja, belajar, dunia etc selepas solat tersebut. No more sms, fbing, whatsapping, teguring orang lain etc. Tidurlah dengan harapan - ingin bertemu a, sama ada selepas kematian yang benar, atau kematian yang sementara. Insya-allah semoga kita menjadi orang yang tidak sabar2 berjumpa dengan-Nya. Allahu A'alam.

No comments: