Tuesday, August 12, 2014

coretan Ustaz Ebit Lew(6)



Berjalan di bukit bintang. Nak beli barang bersama sahabat. Ish dah lama kita tak dakwah orang kita jumpa di jalan begini..
Jom setengah jam kita cakap kebesaran Allah. Antara yang kami jumpa 2 orang budak muda tengah minum arak dalam tin duduk tengok maknyah agaknya.
Saya beri salam. Dia jawab salam tapi macam terkejut dan tak berapa nak layan..
Ish lawanya awek tu. Lelaki ke perempuan tanya saya. Jawabnya kira awek jer lah..
Dalam syurga nanti lagi lawa. Wanita pakai baju 70 lapis. Mereka mula dengar cerita saya.
Siapa tahan diri dari berzina di dunia, nanti Allah beri wanita cantik dalam syurga. Di haramkan nikmat bersama wanita dalam syurga bagi yang berzina di dunia.
Siapa tahan dari minum arak, Allah beri arak dalam syurga. Minum tak pening dan mabuk. Malahan
boleh terbang dalam syurga..sungai arak tanpa tepi. Minum dalam bekas yang istimewa..
Macam kami tak solat, minum arak, buat jahat masuk neraka ke?tanya mereka.
Saya terus tanya dah makan ke? Jom makan kat mamak depan tu. Mereka kata jom..
Saya sambung, Allah nak semua orang masuk syurga. Allah sentiasa membantu dan mudahkan orang buat baik. Allah jaga dia. Tiada siapa boleh susahkan dia melainkan apa yang Allah kehendak. Adik berdua ni orang baik. Saya mula ceritakan dulu saya bagaimana...
Esok cuti ke? Duduk mana. Tanya saya.
Esok free abang. Tu yang lepak-lepak sini.
Jom ikut kami nak. Kami berada di masjid sekitar sini. Tanya saya
Malam ni ke? Ada apa..tanya mereka
Rumah Allah taman syurga.Siapa biasa masuk taman syurga insyaAllah senang-senang masuk syurga. Tidur jer malam ni. Iktikaf masjid, Allah jauhkan 3 parit dari api neraka..dalam masjid macam syurga. Cuma banyak nyamuk nak bagi pahala kat kita. Nanti darah kena gigit nyamuk pun jadi saksi..
Esok Subuh kita dengar kuliah Subuh. Lepas tu abang hantar balik ok..setelah dipujuk bersungguh-sungguj diaorang ikut..
Sampai masjid mereka tanya banyak soalan. Tak tidur dibuatnya. Selepas kuliah Subuh mereka kata, kami dah lama tak rasa tenang dan best macam ni..
Jawab saya kadang-kadang kita tengok semua manusia termasuk diri kita cari selain Allah untuk capai apa yang dia nak. Akhirnya buntu dan pening..buat dosa ingat happy. Rupanya lagi serabut. Sebab Allah hanya sediakan satu jalan fafirru illallah...berlarilah menuju kepada Allah..lihatlah layanan Allah kepada kita...itulah segala-galanya. Orang yang berkorban di jalan Allah dengan diri, harta dan masanya dia mengecapi bahagia yang terus hadir walaupun baru sebentar hidupnya dalam kegelapan terus dihadiahkan cahaya dan bahagia Allahuakbar-ebit lewwww.keluargasunnah.com 14 september 2014

No comments: