Monday, August 11, 2014

Coretan Ustaz Ebit Lew (5)

Seorang anak muda baru 18 tahun. Dia nak belajar tapi disebabkan memikirkan untuk membantu ayah dan ibu dia tak jadi untuk belajar..
Dia hanya ingin bekerja. Dia menangis kerana takut jadi anak derhaka..dia sedih dan tak sabar nak tolong ibubapa.
Ayahnya kerja biasa-biasa sahaja. Ayah saya susah ustaz. Adik-adik ramai. Saya setiap hari memikirkan nak tolong mak ayah. Tapi saya juga setiap hari mencintai untuk belajar ilmu. Peluh dan sakit-sakit mak ayah membuatkan saya semakin rasa hati saya perit..
Mereka hanya hidup untuk anak- anak. Baru ini ayahnya meninggal dan dia jaga ibu dan adik-adiknya.
Dia jumpa saya lagi dan peluk saya dan menangis..sekarang saya kerja di sekian tempat untuk bantu adik-adiknya yang ramai. Saya pun sebak.
Jawab saya, orang yang diberi tanggungjawab seperti kamu sebenarnya bukan tidak sengaja. Tapi sedang dimuliakan dan sedang diberi rahmat juga jalan semakin hampir dengan Allah. Ini semua kasih sayang Allah pada kamu. Inilah syurga buat kamu jika terus berusaha jaga ibu dan bimbing adik-adik semua ke arah kebaikan..
Teruskan rajin jaga solat, berdakwah, belajar, kuat bekerja, banyak berdoa. Semakin banyak berdoa itu tanda kita hidup kita semakin baik. Kurang berdoa itu tanda kita sedang jauh dari Allah..
Saya sedih..dulu saya pun macam tu. Menangis sepanjang belajar dan berjuang di jalan Allah. Setiap hari ingin jadi anak yang gembirakan ibubapa..teringat muka mak ayah yang berkedut setia membesarkan anak-anak sehingga mereka tinggalkan dunia ini..
Tapi hari ini kita semakin lupa ibubapa kita kerana sibuk dengan kerja dan keluarga kita sendiri...
Allah perintah kita supaya ingat jasa ibubapa kita...
Tadahkanlah tangan dan mintalah selalu doa yang ikhlas dari hati buat ibubapa kita..jika masih ada buat baiklah pada mereka. Jika sudah tiada doa, doa, doa dan buat baik pada kawan/ saudara mereka...
Jadilah anak yang baik buat mereka. Kita ada anak-anakkan. Setiap hari anak kita menangis nak itu dan nak ini. Kita berusaha untuk beri jika mampu dan baik buat mereka. Hari cuti kita fikirkan nak bawa anak-anak kita ke mana-mana. Bawa anak-anak makan sedap.
Kita beri mereka bilik yang selesa. Sekolah tempat paling baik. Baju yang paling cantik. Kita peluk dan dukung anak kita. Kita tenung muka anak..ish comelnya. Sayangnya anak kita. Sakit mereka betapa susahnya hati kita.
Macam tulah mak ayah kita sayang kita dari dulu sehingga hari ini. Macam kita sayang anak kita...
Hargailah mereka. Minta pendapat mereka. Ringankanlah hidup mereka. Telefon mereka walaupun sekejap. Setiap kali makan sedap ingat mak ayah kita. Niat nak bawa mereka. Setiap kali berjalan niat nak bawa mereka nanti. Beli apa-apa untuk isteri dan anak-anak jangan lupa juga buat mak ayah..Repair rumah jangan lupa tengok rumah mak ayah. Pasang aircond di rumah kita ingat aircond rumah mak ayah..pasang pagar rumah ingat juga pagar atau pintu rumah mak ayah. Bilik air canggih ingat bilik air di kampung..pergi haji dan umrah ingat juga mak ayah..
Dulu mak ayah kita tak pernah tinggal kita. Hari ini kita tinggalkan mak ayah kita lama-lama..hargailah mak ayah kita dan mak ayah isteri kita....
Jadilah anak yang boleh tolong mak ayah dalam kubur dan akhirat. Solat awal waktu, jaga aurat , jaga agama. Jauhi yang haram..
Tadahkanlah tangan dan berdoa
Ya Allah tuhan kami yang sayang kami ampunkanlah dosa ibubapa kami. Maafkanlah segala salah silap mereka. Berilah mereka syurga tertinggi syurga FirdausMu berkat kesabaran mereka membesarkan kami keranaMu. Ya Allah berilah kesihatan buat mak ayah kami. Ya Allah berkatilah hidup mak ayah kami. Berilah ketenangan dan kebahagiaan buat mereka..ya Allah jadikanlah kami anak yang berbakti kepada ibubapa kami. Yang gembirakan dan membanggakan mereka sejak kami muda lagi dan sepanjang hidup kami. Yang sentiasa buat mereka tersenyum dan sihat. Ya Allah janganlah biar ibubapa kami bersedih kerana kami. Ya Allah pasti ibu ayah kami sangat merindui kami seperti anak-anak yang kecil lagi. Ya Allah mudahkan dan berkatkanlah rezeki anak-anak muda yang berjuang di jalanMu dan yang menjaga ibubapa mereka-ebit lewwww.keluargasunnah.com 14 september 2014 / UPM

No comments: