Terkesan dengar kawan saya ceritakan pengalaman isterinya bersalin di hospital kerajaan baru-baru ini kepada saya dan seorang lagi yang akan menimang cahaya mata bagaimana berusaha dia dan isterinya berusaha menjaga auratnya.
Katanya dia dan isteri berdoa dan sentiasa bersama-sama tawajuh supaya dapat doktor wanita dan hanya wanita yang menguruskan. Baca yassin setiap pagi dan doa dalam tahajud.
Isterinya yang memakai purdah. Masuk selepas asar ke hospital kerana rasa sakit. Bila sampai doktor lelaki datang. Dia masih memakai purdah. Suaminya kata, maaf doktor isteri saya tidak boleh di lihat oleh lelaki. Saya benar-benar memerlukan doktor wanita.
Datang beberapa jururawat marah dan kata kami cubalah. Tapi payah memang doktor lelaki jer rasanya. Kalau tak saya tak uruskan pendaftaran awak ni katanya..
Suaminya jawab. Saya bukan nak, tapi mesti. Jika doktor lelaki juga beritahu saya kerana saya yang akan buat keputusan kerana ini soal hukum Allah yang besar.
Jawab seorang nurse, biarlah kita boikot jer isteri awak ni.
Sehingga malam masih tiada siapa yang cek. Sepanjang malam bertambah sakit tapi isteri tetap tidak mahu doktor lelaki periksa. Dia berdoa dan berdoa. Suaminya solat dan berdoa.
Akhirnya datang doktor praktikal wanita tolong cek isterinya. Itupun setelah nurse yang senior mengarahkannya.
Esoknya sebelum Subuh datang seorang doktor lelaki cina bukan Muslim dan bersama pembantu lelaki tolak ke bilik bersalin. Kata doktor lelaki cina itu, semua lelaki keluar dari bilik ini kerana tanggungjawab kita membantu menjaga auratnya.
Syukur Allah izinkan anaknya dapat bersalin dengan selamat dan Allah mudahkan doktor wanita buatnya dan dapat menjaga perintah Allah....
Ya Allah mudahkanlah semua aturan di Malaysia buat wanita Islam bersalin disambut oleh doktor wanita juga. Ya Allah berilah mereka yang bersalin dapat dilayan dengan baik oleh suami dan kakitangan hospital. Ya Allah berilah rahmat mencurah-curah kepada doktor dan nurse yang berkorban dalam memberi layanan yang baik dan mengikut syariat kepada orang bersalin. Ya Allah sedarkan mereka yang buat keputusan untuk mengaturkan doktor wanita buat wanita. Ya Allah terima dan redhalah atas kami semua-ebit lew www.keluargasunnah.com dijemput semua 14 september 2014 di upm
No comments:
Post a Comment