Pasangan suami isteri datang jumpa saya dan belanja makan kerana ingin ucap terima kasih...
Dia sedih anaknya di oversea semakin teruk dengan budaya tak baik. Semakin hari semakin teruk. Anak lelakinya suka sesama jantina. Tidak solat dan suka mempersoalkan cara hidup Islam.
Dia buntu. Dan menangis dan menangis tanpa henti. Pelbagai amal dibuat oleh suami isteri ini. Anaknya suka membaca. Dia hadiahkan anaknya buku Tangisan Umat yang ditulis pendosa ini.
Baru ini anaknya semasa pulang raya sangat suka baca buku Tangisan Umat. Dia minta maaf kepada ibubapanya dan menunjukkan sebab dia mula solat kembali muka surat 237 "Hari ini orang-orang Islam di seluruh dunia telah dihimpit dan dibunuh dengan sebab kehilangan perasaan umat. Mereka sia-siakan pengorbanan Nabi saw..
Dia tak tahu tiba-tiba dia sedih dan mula berubah..
Dia tak tahu tiba-tiba dia sedih dan mula berubah..
Saat itu anaknya mula menangis dan baca berulang kali sepanjang malam. Sebenarnya remaja tadi pelajar cemerlang dan baik dari kecil..
Itulah hidayat. Dia beri kepada siapa dia inginkan. Hakikatnya saya terangkan kepada suami isteri tadi bahawa ini semua hidayah dari Allah..korban dan tangisan Nabi saw. Punca kepada gejala gay, lesbian, dan pelbagai maksiat lain ialah berpunca dari hati yang kosong. Bila kosong ia mula diisi dengan kepercayaan yang salah. Saya jenis begini dan begini. Jika mengenal Allah. Tahu diri kita bukan kita punya. Allah yang punya. Allah segala-galanya-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September 2014 Transform Publication 013 29000 67 / 03 8926 7020
No comments:
Post a Comment