Sentiasa teringat takwanya seorang haji yang bertugas sebagai orang utama dalam pengurusan balak.
Saya lihat depan mata saya orang masuk pejabat. Campak duit dan letak duit atas meja.
Haji , kasi lulus saja. Haji bukan ada kuasa pun. Ini kerusi haji tumpang saja. Nanti haji kena buang. Tak cukup ka? Berapa mahu? Kata tauke balak.
Saya sedang berada dalam biliknya tengok data bilangan pekerja dan lain-lain. Masa tu saya sedang berbincang, haji nak saya ceramah di semua ladang-ladang dan bantu semua pekerja ladang di bawah kerajaan negeri untuk ajar mereka solat dan lain-lain. Saya masuk setiap ladang.
Haji tadi memang tak pandai bercakap. Tapi cuma pandai kata yes or no jer..dia bangun dan terus bergerak kerana sudah pukul 1 tengah hari.
Dari tingkat sangat tinggi dia turun naik tangga sebab lif lambat. Dia ajak saya. Saya tetap tunggu lif.
Bila saya sampai di surau berdekatan. Haji tadi sentiasa jadi imam. Solat sudah selesai. Selepas asar dia terus beri masa sehingga lewat malam untuk kerja agama. Dia ahli syura dakwah.
Dia sangat rajin dan berjalan laju
Dikenali kaki kerja dan semua kata seorang yang amanah teramat.
Dikenali kaki kerja dan semua kata seorang yang amanah teramat.
Kini dia sudah pencen..baru ini balik dari pelbagai negara berdakwah bersama isterinya. Anaknya semua saya kenali. Sangat alim dan baik seperti ayahnya..jika nak jumpa dengannya. Pukul 5 pagi dia sudah berada di masjid setiap hari di saf pertama. Sudah puluhan tahun semenjak beliau di universiti.
Pernah saya berbual dengan semua tauke balak. Mereka kata ini haji jangan main. Dia tuhan punya orang. Dia tolong orang kalau betul tidak mahu apa-apa. Tapi kalau salah, ini haji takkan tolong walau apapun kita buat.
Benarlah rm1 sahaja kita tidak amanah dalam kerja ia merosakkan hidup kita. Orang yang amanah dan sangat rajin dalam pekerjaan, Allah akan guna mereka jadi asbab hidayah dan keberkatan milik mereka. Tapi jika rezeki rosak seluruh hidup kita rosak. Maaf saya lihat orang yang paling banyak di pilih dalam kerja agama ini ialah guru-guru. Mungkin sebab kerja mereka kurang peluang buat perkara haram..
Walaupun kerja dalam institusi agama sekali pun jika tidak amanah ia menjadi azab buat mereka dan asbab terhalang hidayat buat manusia dan dari kebaikan Islam. Cukup sebuah keluarga jika ketua keluarga yang pemalas menjadi tekanan dan keburukan buat keluarga.
Ya Allah ampunkanlah kami. Jauhilah rezeki kami dari rezeki yang haram. Ya Allah maafkanlah kami semua-ebit lew. Jemput semua dalam program Profesional Sunnah di USIM...daftar di www.keluargasunnah.com atau hubungi 017 3666 848 atau 03 8926 7020
No comments:
Post a Comment