Mereka orang yang terpilih.
Sesiapa yang diberikan kelebihan menghafal al-Quran, memahami al-Quran adalah yang terpilih.
Jadi sekiranya anda ingin jadi orang yang dipilih Allah s.w.t, maka berusahalah ke arah itu. Cuba jadi among the chosen ones.
Allah dan Rasululullah sendiri memuji golongan ini. Banyak sebab. Dan untuk menjadi mereka yang diberkati dengan Al-Quran memerlukan pengorbanan yang besar.
Melihat kesungguhan sesetengah orang menghafal al-Quran menjadikan diri terasa sangat kerdil. Ada yang buta, ada yang terpaksa travel berbatu2 setiap hari untuk berjumpa guru, ada yang kurang kemampuan akal, bahkan ada yang tidak boleh bersuara atau membaca dengan betul pun.
Mendengar seorang bersungguh2 membaca al-Quran walaupun tidak berbutir amat memberi kesan kepada hati yang lalai ini. Bukan setakat baca, bahkan 30 juzu' al-Quran dihafal dengan baik. Teringatkan hadis berkenaan sesiapa yang berusaha membaca walaupun tersangkut2 akan mendapat dua kali ganjaran. Saya rasa ni dah lebih dari dua.
Mereka terus berusaha, walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, berbanding kehidupan kita yang cukup lengkap.
Tetapi kualiti hafalan mereka jauh lebih kuat. Bukan sahaja ingat hafalan, tapi nombor ayat, muka surat, mutasyabihat semua kuat2. Yang menebuk juga terkesima. Siapa lagi yang memberikan kekuatan kepada mereka selain Allah.
Mereka bangga dengan Al-Quran yang mereka hafal. Mereka rasa itulah kebahagiaan paling utama mereka. Mereka tidak akan menukarnya dengan nikmat2 dunia yang lain.
Semuanya dengan harapan agar dapat menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Supaya Allah akan lebih beri perhatian kelak. Supaya dapat menjadi bukti di akhirat nanti.
Masya-Allah. Semoga Allah berkati mereka semua. Dan ampunkan diri ini.
No comments:
Post a Comment