Sunday, August 10, 2014

Coretan Ustaz Ebit Lew (4)

Saya ziarah beberapa rumah. Jumpa seorang abang depan rumah. Tanya beliau, saya susah tak boleh tidur malam. Asyik terjaga jer. Kenapa yer?
Ish abang kena tanya doktor tu. Bukan tanya saya. Yerlah kenapa tak lena yer agaknya..
Entah lah saya pun ada masa tiba-tiba terjaga. Ada masa saya pun tak lena abang Tapi saya dah tahu kenapa saya tiba-tiba terjaga.
Sebab Allah nak suruh kita solat dan menangis depannya. Dan saya setiap kali saya terjaga sebab sejuk atau selsema. Saya tahu Allah nak suruh saya berdoa padanya, berdoa dan solat..
Esoknya mesti ada sesuatu hadiah Allah nak bagi pada saya...selalunya begitu. Sebab saya ni malas bangun tahajud. Bangun mesti tidur semula..
Begitu baik dan kasih sayang Allah kepada kita. Pelbagai cara dia buat untuk kita ingatnya supaya kita berjaya, bahagia, tenang buat selamanya...betapa baiknya Allah kepada kita..Maha Penyayang..
Tapi kita degil. Kita cari yang lain. Dah tak jumpa. Tak selesai baru kita cuba-cuba ingat Allah..tapi Allah sentiasa membuka peluang dan menerima hambanya..-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September upm

No comments: