Sunday, August 10, 2014

Coretan ustaz ebit liew (3)

Seorang wanita yang ditinggalkan suami diceraikan kemudian suami hilang tanpa memberi nafkah buat anak-anaknya. Menghilangkan diri hampir 1 tahun. Dia rasa sengsara dan sangat derita dalam membesarkan 3 orang anak seorang diri..sudah tiada mak ayah lagi.
Katanya, ustaz saya putus asa dan tak nampak jalan untuk besarkan anak-anak...
Matilah saya ustaz. Kalau takde anak-anak ni saya rasa nak bunuh diri. Habislah dah tak tahu nak buat apa. Semua suami saya uruskan selama ini. Dia dah lah zalim lepas tu hilang kerana seorang wanita yang dia suka.Saya betul-betul buntu. Kalau saya bunuh diri senang lepas tu anak saya semua nanti dapat nasib yang lebih baik..
Jawab saya itulah panggilan Allah pada akak. Dia sayang akak.Mungkin akak pernah bercinta tapi akak takkan faham betapa cinta dan sayangnya Allah pada akak. Cuba akak ikut saya ucapkan ini berulang-ulang kali. Sebut dengan hati akak " Ya Allah tuhan yang sangat sayang saya, kau buat semua ini kerana sayangMu pada diriku. Kau ingin beri syurga buat aku dan anakku. Ya Allah kau pemilik segalanya. Tiada lagi tempat bergantung melainkan kau. Mudahkanlah rezekiku dan anakku.
Kata saya saya akan sentiasa doakan akak yang baik dan mulia ini sebab itu sedang diuji supaya Allah beri segala yang terbaik buat akak.
Saya bincang dengannya beberapa perniagaan yang dia boleh buat..dia pernah berniaga pun. Berniaga ni senang. Kena mula jer. Yakin pada Allah.
Ini setahun yang lalu. Hari ini dia email saya. Panjang ceritanya tentang kehidupannya yang lebih baik dan berubah..dia hidup dengan selesa dan ramai orang lelaki meminangnya tapi dia tanya nak pilih yang mana..dia mula pakai tudung dan saya lihat ada gambarnya pergi umrah..dia jaga solat malam dan hidupkan majlis talim dalam rumah..dari ceritanya dia sangat bahagia.
Rasa macam baru lagi soalannya nak bunuh diri. Hari ini dia jadi wanita yang kuat dan tabah dalam hidupnya yang mungkin ribuan lelaki diluar sana pun tak mampu buat. Buat wanita di luar sana yang diuji begini. Bukan ke kita ada tuhan yang sangat sayang kita. Berlari menuju kepada Allah dan lihat bagaimana semua yang sempit dan tiada jalan keluar akhirnya dibuka oleh Allah melalui jalan yang tidak disangka-sangka.
Kenapa terlalu lama kita nak benar-benar mengasihi dan mencintai Allah. Dia sentiasa nak kita semua masuk syurga. Segalanya bermula dari kesusahan. Disebalik susah penuh dengan hidayat, kemanisan, Redha Allah-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 September / upm

No comments: