Duduk tengok anak muda ramai-ramai-ramai main motor depan sebuah kedai 24 jam. Dah pukul 12 malam. Juga beberapa anak dara sexy duduk di keliling.
Terus kami parking kereta beli barang kat situ. Keluar jer terus duduk sebelah beberapa remaja lelaki tu..
Beri salam dan berbual. Sebab masa pun singkat. Berbual-bual dan terus minta masa mereka. Beberapa orang terus mendengar.
Kecuali yang atas motor terus pergi. Adik semua ni sangat dikasihi dan disayangi oleh Allah. Disebabkan ada adik-adik ini, Allah masih kekalkan dunia ini. Dunia tidak akan kiamat selagi ada orang ucap Allah. Iman yang paling kecil Allah beri syurga saiznya 10 kali dunia. Adik semua ahli syurga. Semua doa makbul. Apa nak semua boleh dapat. Bila susah terus Allah bantu. Sentiasa dalam jagaan Allah. Itulah nilainya iman. Harga iman. Selagi kita jaga hak kalimah iman ini.
Apa haknya abang? Hak kalimah ini kita kena sampaikan dan dakwahkan orang lain macam Nabi saw buat...
Mereka sangat suka dengar dan saya jemput mereka dalam kuliah subuh esok.
Balik jer malam tu..kawan saya seorang ustaz dah tak boleh tidur. Dia kali pertama bersama dakwah begitu..
Esoknya dia kata. Ya Allah sepanjang hidup dia tak pernah dakwah anak-anak muda di tepi jalan. Tapi dahsyatnya dakwah ni kan.Menguji perasaan kita tapi menguatkan kaki untuk qiam dan menguatkan tangisan di waktu malam.
Ini semua hidayat dari Allah. Kasih sayang Allah. Bukan usia, umur, tapi kasih sayang Allah. Dia terima dan ambil kita. Beruntunglah sangat..sebab tu kita kena cari jemaah atau kawan-kawan yang menguatkan kita untuk suka nak bawa kebaikan.
Dulu saya tak pernah tinggalkan mana-mana tembok atau orang yang duduk sebelah saya tanpa saya cerita tentang keagungan Allah pada mereka.
Tapi hari ini saya pun dah hilang kekuatan itu melainkan saya kena pujuk diri saya..dan kena banyak doa menangis pada Allah..
Keesokannya saya jumpa seorang budak muda tadi. Saya terus minta dia bersama kami di masjid. Dari masjid kami untuk bersama amalan dakwah 3 hari. Kami gunakan dia tunjukkan anak muda lelaki lain yang duduk atas motor tadi..
Dalam ramai-ramai dapat 5 orang bersama di Masjid 3 hari. Rokok macam sembur nyamuk. Salam kiri dah hilang pergi hisap rokok. Pakcik di masjid dah marah budak muda hisap rokok ketawa kuat-kuat. Haram katanya. Apa lah hisap rokok tapi berdakwah..
Tapi tulah, untuk sebut haram 1 minit boleh cakap haram. Halal jelas dan haram jelas. Cuma apa usaha kita?
Bila diaorang kena marah. Katanya ustaz kami dah tak nak buat dakwah. Malu jer, kami hisap rokok. Akhlak tak baik. Takperlah..
Jawab saya pada mereka. Cian Nabi saw. Dia menangis untuk kita. Kita tinggalkan dakwah sunnah paling besar ini hanya kerana orang kata kita. Kita buat dakwah kerana Allah. Ish korang ni bidadari dah standby tunggu korang yang macho dengan rokok..relax ler..
Diaorang masih kuat merokok tapi dah mula solat. Dah mula buat baik. Seorang yang paling semangat telah berhenti merokok..
Jumpa saya dan kata, ish abang ebit yer..Allah....rindunya nak jumpa. Saya pun peluk dia. Kisah hanya 2 tahun yang lalu. Rupanya yang berjanggut dan bawa ramai kawan-kawan dari kolej tempat beliau belajar untuk dengar bayan.
Ya Allah terima kasih beri peluang kepada kami. Teruskanlah gunakanlah dan terima kami semua-ebit lew www.keluargasunnah.com dijemput semua 14 september 2014.
No comments:
Post a Comment