Tuesday, August 12, 2014

Coretan ustaz Ebit Lew(7)

Tips menawan hati ibubapa bagi anak-anak yang duduk jauh. Bila ibubapa kita gembira dengan kita. Itulah pintu syurga buat kita..syurga buat mereka. Juga InsyaAllah memberi mereka sihat kerana diri mereka dihargai.
1) Doakan mereka setiap lepas solat Fardhu dan selepas setiap amalan lain.
2) Cium tangan mak ayah setiap pagi jika duduk sekali.
3) Hubungi mereka selalu atau sms mereka.
4) Minta pendapat mereka dalam urusan hidup kita walaupun perkara kecil. Mereka rindukan anak-anak yang selalu minta pendapat mereka walaupun dalam bab baju dan lain-lain. Jangan tinggi suara atau macam pandai sangat depan mak ayah.
5) Sekali sekala minta mereka belanja makan atau bayar makan. Tapi sebelum itu kita bagi duit yang lebih dari perbelanjaan makan itu. Mereka gembira rasa diperlukan.
6) Rajin balik kampung ziarah mereka. Picit-picit kaki mereka. Ingat inilah kaki yang 24 jam bekerja buat anak-anak.
7) Ingat hari lahir mereka. Beli hadiah buat mereka
8) Beri duit secara tetap walaupun sikit. Jika lebih beri lebih. Kita akan dapat doa ibuayah. Doa mereka tiada hijab.
9) Bila berjalan dengan ibubapa sesuaikan dengan kelajuan mereka. Walaupun ketika umrah pegang tangan, bawa mereka, jangan potong mereka. Itu semua lebih besar di sisi Allah. Jangan pandang rendah pada mereka. Saya selalu ingat, kita belum tentu boleh besarkan anak-anak seperti mereka besarkan kita..jadilah kitaa hari ini..
10) Jangan bebankan mereka dengan tugas yang bukan tugas mereka..
11) Sekali sekala buat kejutan dengan hadiahkan atau beri kata-kata yang tidak mereka duga. Contohnya jika berjauhan lama beri surat. Tulis perkara yang benar-benar dari lubuk hati kita..
12) Bantu adik beradik dan ahli keluarga dia yang terdekat. Itu menggembirakan hatinya.
13) Buat yang terbaik dalam hidup kerana itu kegembiraan buat mereka.
14) Penuhi hajat mereka. Lebih 20 tahun setiap hari mereka tunai hajat kita. Semua orang yang mulia dan berjaya bermula dari orang yang menghargai orang tuanya.
15) biasakan diri menguruskan jenazah. Supaya nanti kita boleh mandikan mereka, kapankan dan imam solat jenazah mereka. Itulah perkara terakhir keinginan ibuayah.
16) Biasakan buat kebaikan dan jauhi yang haram kerana itu semua kegembiraan mereka di akhirat nanti.
Ya Allah ampunkanlah dosa kedua orang tua kami. Mertua kami juga. Ya Allah gembirakanlah hati mereka. Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati orang tua kami-ebit lew www.keluargasunnah.com

No comments: