Sunday, May 11, 2014

Tips karipap rangup

Mesti ramai yang mahukan karipap bukan sahaja sedap tetapi boleh bertahan rangup walaupun sudah sejuk. Berikut ada rahsia untuk membuat karipap anda menjadi lebih garing. Ikuti tips seperti di bawah.

Untuk memastikan karipap yang dibuat menjadi lebih rangup, pastikan sukatan marjerin sebanyak 180-200 gm untuk 500 gm tepung gandum. Tambah air ais untuk menguli menjadi doh dan rehatkan selama 30 minit sebelum mencanai. Untuk lebih rangup, gunakan 100 gm marjerin dan 100 gm lemak sayuran.

No comments: