Monday, May 12, 2014

PERNIAGAAN BOX LUNCH - PENETAPAN HARGA.:Tips dari mamak haji

PERNIAGAAN BOX LUNCH - PENETAPAN HARGA.
kita jumpa kembali dalam mendalami Perniagaan Box Lunch lagi..khususnya kita bincang cara yang betul untuk menetapkan harga jualan hidangan masakan atau harga box lunch anda. Menetapkan harga untuk produk yang dihasilkan bukannya mudah tetapi yang paling sukar ialah apabila harga yang telah ditetapkan itu, paling penting akan diterima baik oleh pelangan anda. Berdepan dengan masalah harga da pelangan perkara yang paling sukar untuk seorang peniaga makanan terutamanya kecil-kecilnan yang saudara mara atau sahabat-sahabat jenalan. Restoren yang besar atau hotel tidak ada masalah ini kerana pelangan yang datang itu telah pun merelakan lehernya dipotong. Maka penetapan harga bukan masalah untuk mereka tetapi perkhidmatan yang diutamakan.

Masalah harga yang mamak haji sebutkan ialah bagi peniaga kecil-kecilan atau yang baru bermula biasanya menghadapi pelangan yang berpendapatan rendah. *elangan seperti sering inginkan harga paling murah untuk sesuatu hidangan. Pada awal membuka perniagaan, pelangan seperti ini lah menjadi mimpi buruk kepada peniaga kecilan termasuk peniaga box lunch baru. Berbagai telahan akan berlaku dalam otak peniaga baru seperti ini, "adakah pelangan itu akan menjerit dengan harga yang kita akan kemukakan nanti, atau pelangan akan suka dengan harga yang kita tawarkan". Faktor penetapan harga bagi peniaga makanan yang kecil merupakan faktor yang penting dalam jatuh-bangun perniagaan mereka saban hari. Sekiranya harga yang ditetapkan itu terlalu murah sangat pun perniagaan akan lingkup juga dan jangankan mahal sangat pulak pelangan akan lari. Inilah dilema yang akan dihadapi peniaga-peniaga baru atau sedang berniaga. Mamak haji terangkan dulu empat jenis cara yang biasa yang peniaga makanan boleh mengamalkan untuk menetapkan harga hidangan makanan mereka, termasuk harga makanan dalam box lunch ini.

No comments: