Thursday, May 15, 2014

Siput Sedut Paya Bakau

Siput Sedut Paya Bakau, resepi istimewa yang menampilkan rasa pedas dan berlemak. Masakan yang sesuai dihidangkan pada waktu tengah hari ataupun malam . Sudah pasti suami mahupun anak-anak sudah tidak sabar untuk menjamah sajian ini nanti. Sebagai maklumat tambahan, penambahan daun kesum menambahkan rasa enak dan harum kuahnya. Selamat Mencuba!

Bahan-bahannya:

700gm siput sedut
1 biji kelapa  } diambil santannya
1 tangkai daun kesum
2sm kunyit hidup
10 biji cili padi
150gm keladi
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  • Campurkan daun kesum bersama bahan kisar di dalam periuk dan biarkan masak seketika.
  • Kemudian masukkan santan dan juga keladi. Biarkan hingga lembut.
  • Masukkan siput sedut dan juga asam keping.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
  •  Angkat dan hidangkan.
  • Siput Sedut Paya Bakau
  • Sumber:majalah Mingguan Wanita

No comments: