RESEPI OPOR:
Resepi "OPOR AYAM" yang begitu popular di Indonesia ini sebenarnya masakan 'ala kurmak , walau pun opor bererti "kari" . Resepi ini begitu unik kerana penggunaan rempah "ketumbar" atau biji rempah dalam masakan ini. Rasa masakan kurmak mamak biasanya bergantung kepada kuantiti dan kualiti penggunaan rempah ketumbar atau mamak haji selalu gelarkan "Biji Rempah".
Uniknya masakan opor ayam ini ialah cara masakan tempatan digabungkan dengan masakan dari benua kecil India. Ia bukan mudah dilakukan tetapi hidangan opor ayam ini membuktikan resepi ini adalah gabungan di antara Nusantara Melayu dan pengaruh kebudayaan benua kecil India. Tetapi jangan salah tafsir dengan erti "Indo" itu. Indo tidak kena mengena denga dengan India atau agama Hindu..hehehe. Sebutan "Indo" itu bukan bermakna "India", jangan salah anggap pulak!. Sebutan, "Indo" berasal dari perkataan Latin dan Greek yang bermaksud "Kepulauan" yea!.
Bagaimana pun Mamak haji amat tertarik dengan resepi 'ala kurmak Indonesia ini walau pun nama, "OPOR AYAM" itu bermaksud, "Kari Ayam" tetapi Mamak haji secara peribadi tak setuju ia kari tetapi adalah hidangan 'ala kurmak yang berasal dari kerajaan Islam "moghul" India telah diubah-suaikan sentuhan tempatan. Jangan lupa mencuba kerana opor ayam ini punyai rasa yang amat unik, nak kata resepi India ia bukan. Nak kata Resepi Melayu tetapi ia bukan keMelayuan?. Jadi ia adalah resepi asli dari Indonesia. Tidak boleh pertikaikan lagi.

RESPI OPOR AYAM:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.5 - 1.8kg) dipotong 12.
3 cawan (cup) santan / 1 biji kelapa.
2 sudu besar gula merah/ gula Melaka.
1 batang serai diketuk diperdu.
3 helai daun limau purut.
2-3 helai daun salam Indonesia.
4 sudu besar (tbsp) minyak masak.
PERENCAH UNTUK MENUMIS:
7 biji bawang merah India (kecil). ditumbuk lumat.
2 inci lengkuas ditumbuk lumat..
5 ulas bawang putih ditumbuk lumat..
5 biji buah keras ditumbuk lumat..
1 sudu kecil serbuk lada putih .
1 sudu besar serbuk ketumbar.
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih.
2 sudu kecil garam/ mengikut rasa.
Minyak untuk menumis.
CARA-CARA:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Pastikan ayam perlu digoreng separuh masak dengan minyak. Seperti mamak haji katakan seluruh teknik masak ayam ini sama seperti "ayam masak kurmak" - simmering process. tip: sekiranya anda takut isi ayam atau kulit ayam akan melekat pada permukaan kuali panas semasa goreng dengan sedikit minya, lumurkan sedikit minyak masak pada potong ayam itu, sebelum dimasukkan dalam kuali. Keluarkan ketulan ayam telah masak separuh itu dan asingkan.
2. Panaskan kuali kembali, masukkan minyak untuk menumis perencah yang telah sediakan sampai wangian harum dikeluarkan dan minyak mula timbul dipermukaan bahan tumisan menandakan semua air telah dikeluarkan.
3. Masukkan santan yang cair dua cawan (tip: biasa santan yang dimasukan untuk masakan dibahagi kepada dua bahagian satu bahagian santan pekat ia itu awal perahan kelapa yang telah parut dan santan cair pulak selepas kelapa parut itu dimasukkan air dan diperah kali kedua atau kali ketiga. Santan pekat tidak boleh di didihkan kerana ia akan pecah minyak dan sekaligus kemanisan asli, rasa dan haruman segar yang terdapat dalam santan segar itu akan hilang apabila didihkan dalam jangka masa yang panjang. Santan pekat (1 cawan) cuma dimasukkan di peringkat akhir masakan).
4. Masukan gula merah, serai, daun limau purut dan daun salam Indonesia. Panaskan sebatian dengan ketulan ayam yang telah sediakan.
5. Tentukan ketulan ayam ditenggelami 3/4 bahagian dengan santan cair. Tutup pemukaan kuali dan rebus dengan api dapur yang sederhana dengan teknik rebusan(braising) dengan cara "mereneh" (simmer) sehingga semua ketulan ayam masak sempurna.
5. Masukkan 1 cawan santan pekat yang ditinggalkan. Apabila kuahnya mula mendidih kembali, Tutup api dapur dan hidangan opor ayam anda telah pun siap.

No comments:
Post a Comment