Pai Crust yang sempurna:
Mamak Haji akui membuat pai bukan mudah, masalah utama adalah bahagian dohnya. Hari ini mamak haji gagal lagi mendapatkan doh yang sempurna. Untuk mendapatkan pai yang sempurna masa menyediakan atau persekitaran suhu dan iklim dapur juga memainkan peranan. Seeloknya tempat menyediakan perlu sejuk, bahan dan peralatan yang digunakan perlu lah sesuai. Mamak haji berikan sedikit tip dan teknik untuk mendapatkan doh pai dan tat yang sedap untuk yang minat buat pai ini.
Pai Crust yang sempurna:2Mamak Haji akui membuat pai bukan mudah, masalah utama adalah bahagian dohnya. Hari ini mamak haji gagal lagi mendapatkan doh yang sempurna. Untuk mendapatkan pai yang sempurna masa menyediakan atau persekitaran suhu dan iklim dapur juga memainkan peranan. Seeloknya tempat menyediakan perlu sejuk, bahan dan peralatan yang digunakan perlu lah sesuai. Mamak haji berikan sedikit tip dan teknik untuk mendapatkan doh pai dan tat yang sedap untuk yang minat buat pai ini.
1. Dapatkan doh pai dan tart yang sedap ramai cef pastri kita cadangkan menggunakan campuran mentega dan lemak sayuran/ crisco. Jangan gunakan mentega atau majerin saja..
2. Kedua-dua bahan ini ketika gunakan tentukan sejuk termasuk bekas adunan mangkok atau bekas pai mesti disejukkan dulu.
3. Untuk uli gunakan air sejuk atau ais.
4. Proses ulian perlu cepat.
5. Semasa ulian tepung dengan lemak sayuran gunakan pemotong doh dan di uli semula
6. Setelah diuli doh mesti dimasukkan dalam bag plastik dan disimpan dalam peti sejuk sekurang-kurang satu jam.
7. Sebelum canai bahagikan dulu doh. Cara canai harus betul, dari tengah ke tepi. lebih 1/2 inci dari saiz ukur keliling pai untuk klim yg cantik.
8. Basahkan tepi pai dengan air sejuk. Isikan isian pai.Tutup dengan sekeping lagi doh pai. Jari hendaklah dilulur dengan tepung dan klimkan tepi pai.
9. Air sejuk yang membasahi tepi pai menyenangkan proses mengelim pai agar tidak membuka semada pai dibakar
Pai Crust Yang Sempurna - BhgTerakhir:
Tepung pastri memang ada jual tetapi harganya boleh tahan dan sukar dicari. Kita boleh gunakan tepung serba-guna (all purpose) ia kurang kandungan protein. Tetapi jangan guna tepung berprotien tinggi keran ia cuma sesuai untuk buat roti. Ia keras. Protein tinggi membuatkan doh menjadi kenyal.
Gunakan 1 bahagian tepung kek dan satu bahgian lagi tepung serba-guna. dengan nisbah 1:1. Untuk mendapatkan doh yang baik simpan tepung dalam peti sejuk sebelum gunakan.
Pai Crust sebenarnya menggunakan lemak sayuran seperti crisco ( HALAL) tetapi boleh juga campurkan dengan mentega. Ada juga menggunakan minyak jagung..ia seperti membuat kulit karipap mcm cara melembutkan karpap..jadi jangan pening..mamak haji beri dua resepi untuk membuat Pai Crust ini nanti...tapi cuba fahamkan dengan betul apa yang mamak haji berikan tip dan teknik buat pai ini dulu..

No comments:
Post a Comment