Suka makan rebusan pucuk ubi dicicah dengan sambal kegemaran? Memang mengeliurkan!
Tahukah anda rebusan pucuk ubi lebih sedap kalau ditambah dengan sedikit kemanisan semulajadi. Bagaimana mahu membuatnya?
Berikut adalah petua untuk membuatkan rebusan pucuk ubi anda lebih bertambah lazat!
Masukkan sedikit minyak kelapa sewaktu merebus pucuk ubi. Hasilnya bukan sahaja bertambah enak, tetapi warnanya juga segar dan kelihatan begitu menyelerakan.
Kaedah yg kedua, rebus pucuk ubi dengan air kelapa secukupnya sehingga mendidih. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment