Istimewanya kuih koci ini kerana intinya menggunakan kelapa muda yang diparut secara tradisional. Ini kerana rasa inti kelapanya lebih rangup ketika dikunyah. Kuih ini amat popular di majlis kenduri di Negeri Sembilan. Pasti manisan ini memberikan rasa yang begitu menyelerakan buat anda dan seisi keluarga.
Bahan-bahannya:
350gm tepung pulut
250ml santan segar
250ml santan pekat } dimasak sehingga pecah minyak
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya } dilayur
Bahan inti:
1 biji kelapa muda } diparut
240gm gula pasir
120gm gula anau / gula kabung
2 helai daun pandan } disimpul
Cara membuatnya:
- Untuk membuat inti, satukan kelapa muda parut, gula pasir, gula anau dan daun pandan di dalam periuk atau kuali.
- Kemudian masukkan air secukupnya dan didihkan di atas api yang sederhana. Gaulkan inti sehingga hampir kering. Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya untuk membuat kuih koci pula, satukan tepung pulut dengan santan yang dicampurkan dengan garam secukup rasa.
- Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Bulat-bulatkan doh dan letakkan inti di tengahnya lalu ditutup semula. Lakukan sehingga habis.
- Setelah itu, celupkan ke dalam adunan santan pekat yang dididihkan sehingga pecah minyak tadi.
- Selepas itu, letakkan adunan tadi di atas daun pisang yang telah dilayurkan. Bungkus dengan kemas seperti bentuk bantal atau segi tiga mengikut cita rasa anda. Lakukan sehingga selesai.
- Akhir sekali, masukkan pisang nangka masak dan biarkan sehingga menjadi lembut sedikit. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
- Akhir sekali, kukus adunan sehingga masak. Sedia untuk dimakan.
- sumber: Majalah Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment