Sunday, May 11, 2014

Homemade sos ikan oleh mamak haji

RESEPI: SOS IKAN BUAT SENDIRI.
Bahan-bahan:
1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar. 
1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil jusnya.
5 helai daun salam..daun salam indonesia pun boleh.
2 sudu kecil biji lada hitam.
1 - 2 cawan air tanpa klorin..hehehe..air sungai kot. Tapi jangan bubuh pulak anti-klorin untuk aquriun bela ikan pulak..air paip itu kalau biarkan semalaman klorin akan mendak dibawah..ambil air diatas saja..ok.
1 tsp garam.
cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam 1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air boleh tambah tapi berikan ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3 minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan didalam peti sejuk bahagian bawah...anda boleh gunaka sos ini 4-6 bulan..hehehe. terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia ikan yang mahal..kalu beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis boleh juga jadi sos ikan..


tips dan info masakan:oleh mamak haji.
1.kenapa kita tak gunakan air berklorin dlm pembuatan sos yg menggunakan cara fermentasi...dlm proses fermentasi kita perlukan bakteria..klorin mempunyai sifat boleh bunuh bakteria.
2.Worchestershire sauce..inti pati sos ini ialah bir Irish atau sini digelar araq Guiness Stout..kalau kita gunakan bir tanpa alkohol boleh..tapi ada tak jakim luluskan Malt Drink dari Iran?..kalau kita gunakan ini mudah tapi ada sesiapa tahu tentang minuman impot Iran ini?
3.Masakan barat banyak guna worchestershire sauce. Baru tau base dia irish beer.
Tadi baru baca base teriyaki sauce tu ialah mirin, sake dan brown sugar. Ingatkan nak buat sushi fr scratch la hari ni...
Mirin dan sake tu are Japanese alcohol.
Unagi yg ada pd sushi tu disapu teriyaki sauce.
Kena cari alternative lain pengganti mirin dan sake.

No comments: