Monday, May 12, 2014

Petua Untuk Mengelak Kaki Melecet

Petua Untuk Mengelak Kaki Melecet
Orang tua-tua berpesan kalau beli kasut baru, mesti gigit kasut itu dahulu sebelum kasut itu 'gigit' kaki kita. Betul atau tidak, belum ada bukti yang sahih. Walau bagaimanapun ada beberapa panduan semasa membeli kasut.
1. Cari kasut yang sangat sesuai dengan saiz kaki, tidak terlalu ketat atau longgar. Lebih baik beli kasut pada waktu petang sebab waktu itu kaki kita mengembang. Bermakna ia tidak akan ketat dan menncengkam kaki.
2. Jangan pakai kasut terlalu lama. Kalau anda mula rasa kebas atau pedih di belakang tumit, buka kasut untuk kaki anda “bernafas” sekejap dalam 10 hingga 15 minit.

No comments: