Asam gelugur tergolong dalam pokok hutan tanah pamah  berdaun malar hijau dengan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 20 meter. Pucuk yang muda berwarna kemerahan dan boleh dijadikan sayur atau ulam bagi yangmenggemarinya. Kegunaaan utamanya ialah sebagai pelengkap dalam resipi masakan tertenu. Namun di sebalik rasanya yang masam, isi buahnya juga mempunyai khasiat dalam perubatan.

Antara rawatan yang boleh digunakan untuk merawat masalah manusia ini adalah merawat tumit pecah. Cara untuk menggunakannya adalah dengan merebus buah asam gelugur kering sehingga mendidih. Apabila suam, rendamkan kaki yang bermasalah di dalam air rebusan itu selama beberapa minit. Lakukan beberapa kali sehingga nampak kesannya.

Selain dari itu, pokok ini juga boleh merawat sakit kepala. Caranya adalah dengan menghiris buah asam gelugur yang masak nipis-nipis dan tampalkan pada dahi.