Sunday, September 15, 2013

Roti canai oh roti canai


KENAPA TEPUNG ROTI CANAI PERLU DIULI DGN BAIK?
Tepung gandum mempunyai kandungan protein utama yang digelar, "glutenin dan gliadin". Apabila tepung ini diadunkan dengan air, kedua-dua protein ini akan disambungkan (dilink) dengan molikul Air. Apabila kita mula uli tepung dengan air, penyambungan ini akan dieratkan lagi. Semakin lama kita uli doh itu semakin kuatlah penyambungan ini sehingga terbentuklah "gluten" . Gluten inilah yang membentukan keanjalan (elasticity) doh kita. Cara memeriksa doh yang sempurana ialah dengan lakukan cubit pada bahagian doh itu dan tarek. Bila menarik, tepung yang ditarek itu mengwujudkan keping lapisan yang nipis tanpa putus-putus.

Doh yang terbaik ialah memberi keanjalan. Sekiranya doh kita tidak memberikan keanjalan, hasilnya tidak memuaskan apabila masak. Anda perlu ingat ini bila sediakan apa saja doh untuk resepi. Resepi seperti pau, roti, karipap dan lain-lain perlu uji cara ini sebelum diisi dan jadikan kueh. Semasa ulian ini sekiranya tepung melekit ditangan anda gunakan sedikit tepung ditangan anda sapukan dikedua belah tangan sehingga tepung yang melekit tertanggal. Biasanya guna minyak sapu dikedua tangan tetapi mamak haji syorkan kurangkan minyak setakat yang boleh dalam roti canai ini.


RESEPI ROTI CANAI:
Mamak Haji malas nak tulis resepi ini kerana ada banyak cara membuatnya, tetapi oleh kerana Umi Mira yg dari Sarawak ini bertubi kali minta resepi dari mamak haji..mamak haji perlu tulis juga. Oleh kerana ada sahabat yg komen kalau mamak haji tulis panjang hilang semangat masak maka mamak haji tulis yg paling ringkas agar sahabat yg baca tak hilang semangat utk masak:
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandung.
2 cawan air dgn 3/4 sudu kecil (tpsp) garam yg dilarutkan.
1 biji telur.
3 sudu besar (tbsp) susu pekat manis.
Sedikit majerin untuk salut pada bebola doh supaya tak melekat.

1. Masukkan bahan-bahan kedlm bekas kacau hingga sebati.
2. Masukkan bancuhan air garam dlm tepung.
3. Uli selama lima minit. ingat nak bagi tau uli mcm mana nanti panjang
pulak cerita.
4. Biarkan dlm 1-2 jam, buat doh bulat. Tebar dan bakar. Dah siap roti
canai anad mcm roti canai mamak..hehehee!. Senangkan tulis resepi.
Sehari boleh keluarkan 10 resepi untuk anda semua.

No comments: