Tuesday, October 8, 2013

RESEPI SOS PERANG DAN SOS PUTIH UNTUK GORENG SAYUR ala mamak haji


1. Sos Perang/ brown sauce:
1 cawan stok ayam atau daging lembu (kalau tak ada guna dua kiub ayam atau lembu larutkan dalam air panas dan sejukan)
1 sudu besar (tbsp)kicap ikan.
2 sudu kecil (tsp) sos tiram.
1 sudu kecil kicap cair.
1 sudu kecil (tsp) gula merah.
1 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
Cara: Adunkan semua bahan-bahan itu, bentukan kolam ditengah gorengan sayur, tuang saja dan kacau sayur dalam api dapur yang agak keras.

SOS putih (white sauce):
1/2 sudu kecil (tsp) garam.
1/2 sudu kecil (tsp) kicap ikan.
1/2 sudu kecil (tsp) gula pasir.
1/2 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
1/4 sudu kecil (tsp) minyak bijan.
6 sudu besar air stok ayam atau stok ayam segera.
Cara sama dengan sos perang.
Gorengan sayur yang paling enak ialah menambah perencah dengan bahan-bahan tambahan seperti ayam, daging atau udang selepas bawang putih dan bawang dimasukkan

No comments: