Sunday, September 22, 2013

SNOW CHEESE CAKE

SNOW CHEESE CAKE...easy & simple..
Oleh:Ummi Nurin Safiah

Bahan-bahan :
250 g tepung optima
3biji telur
1sb jus lemon+sikit kulit lemon
2sb minyak jagung

Cara :
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan tepung & jus lemon. Pukul sebati.
2. Masukkan minyak jagung. Kaup balikkan je hingga sebati.
3. Griskan loyang 6' dgn butter n kertas minyak.
4. Bakar 170c selama 30-35 minit. Selepas bakar terlangkupkan. Biar 10 minit baru sisip tepi & keluarkan dari loyang dan biar sejuk sepenuh nya baru letak topping.

Topping :
250g cream cheese (pakai jenama tartura je da sedap da)
1/2 tin susu pekat (sy pakai 1//4 tin je da ok)
1sb jus lemon & sikit kulit lemon
1/4 cwn cream (sy tambah)
cheddar blok - parutkan (sy guna jenama kraft)

-pukul semua bahan kecuali cheddar parut, kacau hingga sebati je.
-potong kek kpd 2 bahagian. Sapu topping pd lapisan pertama dan tutup kek dgn lapidan kedua. Sapu lebihan topping ke atas dan tepi kek. Taburkan cheddar parut & sejukkan. Sedap dimakan sejuk.

SELAMAT MENCUBA

No comments: