Tolak duit customer....
Dalam menjalankan bisnes, jangan fikir asal ada orang mahu menjadi customer kita maka kita kena ambil dia sebagai customer. Ini tidak betul.
Kita mesti pilih dengan siapa kita mahu menjalankan bisnes.
Memang ada masanya kita perlu tolak duit orang. Ini normal. Ini betul. Ini kena dibuat.
.
Sesetengah customer boleh menyebabkan kita untung sedikit pada mulanya, tetapi kemudian kita rugi banyak!
Bagaimana kita mahu kenal customer yang macam itu?
+ Kita buat bisnes dalam bidang apa? Contohnya kita mengedarkan telur.
+ Berkawanlah dengan peniaga yang sudah lama berniaga dalam bidang pengedaran telur. Dia sudah pernah terkena. Dia tahu ciri-ciri customer yang perlu ditolak duitnya.
No comments:
Post a Comment