Tuesday, August 25, 2015

KUASA MADU, LAHIRKAN ANAK GENIUS?

KUASA MADU, LAHIRKAN ANAK GENIUS?
Masih keliru dengan pengambilan madu sewaktu ibu-ibu hamil? Ada yg kata boleh ambil, dan ada yg berpendapat madu boleh beri kesan negatif kepada pembentukan bayi. Jadi mana satu yg betul?
Ok kita rujuk lebih jelas melalui artikel ni. Sebenarnya, pembentukan otak bayi bermula dari dalam kandungan ibunya lagi. Bakal ibu yang nak bayi genius haruslah mengamalkan pemakanan yang terbaik untuk otak sejak awal kehamilannya.
Madu ni memang sangat bagus untuk ibu dan anak dalam kandungan. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman pada janin.
Zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Kaya dengan vitamin C yang membantu menghasilkan kulit yang bersih dan sihat. Di samping membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin.
PANDUAN TERBAIK BERI MADU ANAK BAWAH USIA 6 TAHUN
Ini cara tepat yang anda boleh amalkan untuk anak-anak kecil:
- Kaedah terbaik adalah mengambil 1 sudu teh madu yang dilarutkan terlebih dahulu di dalam secawan air.
- 1 kali diambil pada waktu pagi. (sebelum sarapan)
- 1 kali diambil pada waktu malam. (sebelum tidur)
Kalau susah nak tidur pun, anda boleh amal ambil madu setiap kali sebelum tidur. Confirm, tidur lena sampai ke esok!
‪#‎majalahkeluarga‬
‪#‎magisdetikbahagia‬
Sumber :majalah keluarga

No comments: