5 Tips Menjadi Peniaga Online Produk Kecantikan Yang Lebih UNTUNG! (Khas untuk yang jual di profile sendiri)
SHARE-kan supaya boleh rujuk balik nanti. smile emoticon
1. Sila gunakan gambar profile wajah anda sendiri, jangan guna gambar produk semata-mata.
--> Gambar wajah kita akan tingkatkan kepercayaan bakal pelanggan. Anda sendiri lagi selesa beli online dengan peniaga yang anda tidak kenal wajah atau yang anda kenal?
.
.
.
2. Sila gunakan nama kita sendiri, bukan nama produk semata-mata.
--> Pelanggan nak kenal siapa kita, mereka rasa lebih selesa berbicara. Itu tanda kita telus.
.
.
.
3. Penuhkan 5000 friends list kita dengan prospek berpotensi.
--> Jangan main add saja sesiapa pun, jika anda jual produk untuk jerawat, cuba add wanita yang paling berpotensi untuk beli. Contoh, pergi ke group FB, tanya pendapat mereka yang ada masalah jerawat.
Jangan menjual pada mereka lagi, tanya saja pendapat. Contoh, siapa ada wajah berjerawat, biasa sehari basuh muka berapa kali.
Sesiapa yang komen tu, anda add saja mereka. Mereka adalah prospek yang berkualiti. Jadi friends list anda semuanya targeted.
.
.
.
4. Jangan sepanjang masa post pasal produk. Jadi manusia normal di FB!
--> Share tentang family anda. Aktiviti anda di rumah ke. Hobi anda ke. Apa saja yang orang normal share di FB.
Kerapkan share berkaitan yang prospek kita minat juga supaya mereka rasa suka dengan posts kita di News Feed mereka.
Hanya post iklan menjual maksima 3 kali sehari. Pagi sekali, petang sekali, malam sekali.
Post selebihnya, share perkara selain menjual.
.
.
.
5. Jangan terlalu nampak sangat menjual tu. Gunakan soft selling.
--> Contoh paling mudah, share pengalaman anda guna produk yang kita jual. Atau pengalaman kawan kita ke.
"Tadi pergi kenduri, biasa tengah panas muka memang berminyak habis. Tapi nasib pakai xxxxx, kurang sungguh minyak pada muka. Rasa selesa je!"
Post ayat atas sekali dengan gambar muka kita di kenduri tu.
Gunakan apa saja kesempatan yang ada untuk kita selitkan produk yang kita jual tanpa nampak seperti terlalu menjual.
Tapi, selang 2 3 post yang soft selling, masukkan 1 hard selling post. Maksudnya, terus direct post pasal promosi yang kita buat ke untuk produk ni. Tak perlu berkias-kias lagi.
.
.
.
.
.
Cubalah konsisten amalkan semua di atas. InsyaAllah anda akan menjadi peniaga produk kecantikan yang lebih untung! Tanpa perlu keluar kos iklan pun.
SHARE-kan supaya anda boleh rujuk kembali tips ni nanti! smile emoticon
.
.
.
>>>> Oh ya, produk kecantikan klasik dan unik jenama Hajah Ramlah akan dibuka nanti.
No comments:
Post a Comment