BISNES GAYA TOWKAY
Sebelum kami membuka #breadkitchen,
Saya terlebih dahulu telah mula membaca nota-nota --
Saya terlebih dahulu telah mula membaca nota-nota --
Bagaimana yang di katakan berbisnes gaya towkay.
Apakah itu towkay?
+ Towkay itu sinonim dengan tahu semua perkara.
+ Jika dia membuka perniagaan bakeri, semua perkara dia akan buat.
+ Dari membeli bahan mentah, menguli roti, menjual roti, menghantar roti dan hampir kesemua kerja dia lakukan.
+ Towkay cenderung untuk tidak mempercayai pekerjanya apabila tugas sudah di delegate kan.
+ Towkay akan memantau semua perjalanan duit masuk.
+ Pendek kata, jika itu bisnes nya, dia sendiri akan handle bisnes tersebut dari A hingga Z.
Sewaktu saya membuka #breadkitchen, saya cuba apply cara bukan towkay iaitu cara korporat.
+ Menjalankan perniagaan secara partnership.
+ Partner pertama - Beliau mahir membuat roti.
+ Partner kedua - Pemodal
+ Partner ketiga - Marketing (saya sendiri)
Namun, apabila kita bermula secara start up, sinergi partner tersebut bukan boleh dibina dalam masa semalaman.
Apabila kita belum mahir mengaplikasikan berniaga ala korporat, kita akan :
+ Banyak dikuasai emosi ketika membuat keputusan.
+ Suka ambil tahu job scope orang lain.
+ pembahagian kuasa yang belum clear. Maka, akan terjadi, ketiga-tiga partner berfikiran mereka berkuasa.
Benar! Semuanya berkuasa. Tetapi, within job scope masing-masing.
+ SOP yang masih try and adjust juga menjadi penyebab.
Dan banyak perkara berbangkit lain lagi.
Sesungguhnya, berpartner memerlukan skill bekerjasama.
Jika salah seorang kurang bekerjasama, maka, sinergi akan susah di bina.
Namun begitu, lesson learnt.
Ini antara ilmu dapatan yang sangat MAHAL yang saya pelajari seawal penubuhan #breadkitchen
Banyak penyebab kenapa sinergi susah di bina, antaranya :
+ Keegooan
+ Rasa betul
+ Rasa berkuasa
+ Rasa betul
+ Rasa berkuasa
Ini antara sifat manusia yang normal. Sebab itu, logiknya, saranan Puan Guru, untuk berpartner dengan rekemendasi orang tengah iaitu (Abu Talib).
Namun begitu, pengajarannya cukup luas.
Hikmahnya sangat manis.
Hikmahnya sangat manis.
Daripada tidak tahu perihal pengurusan bakeri, saya jadi tahu.
Daripada tidak tahu buat roti, saya jadi tahu.
Untuk memperbetulkan SOP, towkay sendiri harus menjalankan operasi di setiap bahagian.
Supaya apabila mempunyai staff, kita sendiri tahu bahagian mana yang SOP tidak diikuti.
Sesungguhnya membina perniagaan itu memerlukan proses yang panjang.
Pesan puan guru,
"Jangan berlama-lama di dalam fasa towkay".
#breadkitchen
No comments:
Post a Comment