Friday, August 28, 2015

Sembang niaga(13) dari FB puan ainon

Apa itu marketing?
Dalam bahasa orang biasa, marketing itu adalah...
+ Macam mana kita hendak beri tahu orang ramai bahawa kita ada bisnes, kita ada kedai, kita ada kedai online, kita ada tadika, kita ada mee udang harimau, kita ada warung bawah pokok, kita ada barang baek yang mahu dijual.
+ Apabila orang sudah tahu kita ada warung bawah pokok, di bawah pokok mana warung kita itu, apa yang kita jual di warung kita itu, barulah mereka tahu di mana mereka boleh jumpa barang baek kita.
+ Selagi orang tidak tahu di mana warung bawah pokok kita, selagi itu mereka takkan datang cari kita.
Makan sendirilah mee udang harimau kita itu....
.






Belajar Buat Produk LAWAN Belajar Buat Marketing
Dalam bisnes cara lama, kita disuruh belajar membuat produk yang paling bagus, paling sedap, paling cantik, paling tahan lama, paling macam-macam.
Lalu kita pun pergi kursus membuat macam-macam produk. Setiap kali balik dari kursus, kita pun memohon pinjaman TEKUN, MARA, bank-bank bagi mengeluarkan produk itu.
.
Kita tidak belajar marketing. Satu kursus marketing pun kita tidak pergi. Satu buku marketing pun kita tidak beli dan tidak baca.
Mati-mati kita sangka marketing itu adalah apabila kita keluar pergi membuat sale!
Jadi, kita pun pergi kursus yang mengajar macam mana kita hendak menjual, menjual, menjual.
NOTA: Jika bisnes itu umpama seekor gajah, sale adalah hujung ekor si gajah!

No comments: