Tuesday, August 25, 2015

Tips masakan dari pengalaman mamak haji.

Sedikit Tip-Tip dan Teknik Masakan dari pengalaman mamak haji:
1. Mengekalkan warna asli Terung:
Kerap kali kita punyai masalah terung jadi lebam dalam masakan. Untuk mengelak lebam ini, terung yang telah dipotong perlu segera direndam dalam bekas air sehingga ia digunakan dalam masakan. Ini termasuk untuk keladi atau Pisang lauk.
2. Mengelak Sayur bendi berlendir dalam masakan.
Bendi perlu basuh sebelum dipotong. Jangan basuh selepas dipotong. Timun yang digugunakan dalam kerabu timun pun sama juga kaedahnya. Basuh dulu baru dipotong untuk mengelak kerabu timun anda terlampau berair. Dan pastikan lepas basuh timun simpan dipeti sejuk. Ia kan kurangkan timun berair bila dihidangkan.
3. kuah kari anda terlalu masin:
Basuh sebiji kentang. Potong dua bahagian, cara melintang. Masukkan dalam kari anda. Kentang yang belum masak itu akan serap kemasinan kari anda.
4. Cara Mengupas halia:
Gunakan sudu meja (table spoon) untuk mengupas kulit Halia. Cara ini amat cepat dari menggunakan pisau dan jimat.
5. Memutihkan lagi Nasi Putih anda:
Titiskan dua atau tiga titis air limau yang segar. Ia akan memutihkan lagi nasi anda, dan untuk nasi nak peroi dan tak melekik..tambah satu sudu kecil minyak semasa masak nasi.
6. Kekalkan keranggupan karot dalam gorengan:
Basuh dan kupas kulit karot. Potong kehendak anda. Rendamkan potongan karot bekas air sejuk (air batu) untuk mengeluarkan warna karot supaya masakan anda tidak berubah warna asal. Tekstur karot anda jadi keras diluar dan kekal rangup walau pun cukup masak.
7. Megekalkan kerangupan dan mengekalkan kehijaun semula jadi sayur sawi atau sayur dedaun, kacang buncis , kacang panjang dan lain-lain.
Masak air di dalam kuali atau periok dan masukkan sedkit garam dan sedikit minyak masak (untuk salutan anti-oksidasi) dan bila air mula mendidih masukan 1/2 kecil baking powder (kita tambahkan co2 untuk sayur untuk hasilkan klorofil - tambah hijau). Selepas itu masukkan sayur anda ke dalam air panas 10-15 saat. Keluarkan serta-merta sayur anda dengan penapis dan masukkan terus ke dalam air ais yang tersedia. Biarkan sayur dalam air campur ketul ais 5-10 minit. Tapis kembali air dan agak kering. Anda boleh goreng sayur dengan api keras cuma 2-3 minit saja. Hasilnya Sayur anda kelihatan hijau dan garing dan amat lazat. Proses ini digelar "vegetable bleaching".

No comments: