TIP-TIP SIMPAN DAUN PISANG UNTUK TAHAN LAMA:
Daun pisang mamak haji ini telah rosaaaak..Suruh simpan kat peti sejuk bukan bahagian dingin ..tapi kat freezer lah.. adoi...cobaan betul...Pagi Jumaat yang mulia ini menguji kesabaran...
Ramai kita balik kampung kutip daun pisang bawa balik rumah kita kat bandar..daun pisang kat bandar bukan mudah nak cari..mahal pulak..bila bawak balik kena pandai simpan supaya tak rosak walau pun sebulan tak pakai...Jom kita belajar tip simpan daun pisang pulak...
1. Apa pun basuh dulu dgn air mengalir paip dan hilangkan kotoran-kotoran yang terhinggap di dua permukaan daun. Lepas itu lap dgn kain bagi kering.
2. Balut daun setelah kering..mamak haji suka gulung sekali dua helai daun saja..jangan pulak nak kerja senang gulung semua sekali..kalau terkena "cold burnt" peti sejuk..daun semuanya rosak. Rosak satu dua tak apa.
3. Salut dengan wrapper ketat-ketat..tak ada wrapper tak apa..guna beg plastik yg beli dua kupang dari supermarket itu...ikat getah dan simpan dalam peti sejuk tempat jadi ais yea.
4. Bila nak pakai..keluarkan dari peti sejuk dan biarkan selama 30 minit..biar dia lembut sendiri..jgn pii bubuh air panas pulak ..melecur daun itu..buat kueh koci tak apa lah..ini nak bungkus nasi lemak.
5. Gambar No.3 itu mamak haji buat design dengan merebus daun dlm 20 saat dan simpan dlm peti sejuk..nak try bungkus nasi lemak berjalur-jalur..hehehe.
TIP UNTUK SIMPAN DAUN LIMAU PURUT, DAUN PANDAN, DAUN PUDINA, DAUN KARI ATAU APA-APA DAUN LAH....
1. Ceraikan daun..basuh bersih...cari botol plastik..bubuh pii "kertas tisu kitchen towel" bukan tuala yea...kat bawah botol (utk serap air berlebihan)..masukkan daun dlm botol dan tutup rapat-rapat... simpan dalam peti sejuk bahagian ais yea..
2. Masa susah sekarang jangan bazir..nak pakai tiga empat daun..pii beli mai segundi..lepas itu terbiar kering dan buang..duit itu. Kalau di bawah jatuh sekupang kutip dak?..ingat org yg suka bazir berkawan dgn syaitan..
No comments:
Post a Comment