Risiko apabila ALP cuma 2 orang.
Sangat banyak risikonya apabila ALP cuma 2 orang. Sangat banyak! Kalau kita hendak meletakkan jawatan sebagai ALP pun boleh menjadi hampir mustahil!
Ambil contoh kes begini:
Hj. Bakhil dengan seorang warga Arab membuka sdn bhd. Syarikat itu berhutang RM2j dari bank. Kemudian, bisnes lingkup. Hutang bank tidak dapat dibayar. Arab itu sudah lari balik negerinya.
Hj. Bakhil mahu letak jawatan sebagai ALP syarikat itu. Tapi tidak boleh kerana faktor-faktor di bawah ini:
1. Dalam Akta Syarikat, semua ALP kena setuju Hj. Bakhil meletakkan jawatan. Semua ALP kena tandatangani resolusi ALP. Tok Arab itu sudah balik negeri. Macam mana nak dapatkan tandatangan Tok Arab itu?
2. Kerana ALP hanya 2 orang, sebelum Hj. Bakhil boleh meletakkan jawatan, dia kena cari ALP baru untuk menggantikan dirinya. Ia kena dibuat sebab Akta Syarikat mewajibkan jumlah minimum ALP adalah 2 orang. Siapa pulak yang mahu menjadi ALP sdn bhd yang menanggung hutang bank RM2j?
3. Hendak dibubarkan sdn bhd itu pun tidak boleh. Syarikat yang masih ada berhutang tidak boleh dibubarkan. Akta Syarikat tidak membolehkan pembubaran itu.
4. Tanpa adanya Tok Arab itu, syarikat tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan. Akibatnya, syarikat tidak dapat menghantar laporan-laporan tahunan ke SSM dan laporan kewangan beraudit ke LHDN. Ini melanggar Akta Syarikat dan Akta LHDN. Pelbagai penalti menunggu Hj. Bakhil.
5. Semua hutang RM2j itu menjadi tanggungan Hj. Bakhil seorang diri. Bank takkan cari Tok Arab itu.
5. Banyak lagi masalah lain.... Panjang ceritanya!
.
Jangan buka syarikat hanya dengan 2 orang ALP. Minimum mesti 3 orang ALP. Kalau 1 orang cabut lari, 2 orang ALP masih majoriti.
Nota: Tuan yang memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal-hal persyarikatan, mohon hubungi Puan Armiati Mohd Ismail. Beliau adalah company secretary yang berpengalaman.
.
No comments:
Post a Comment