Thursday, August 27, 2015

Tips bisnes dari Ikram albanjari

MAHU BERMAIN DI PADANG MANA ?
Saya ditanya oleh seorang pemilik butik yang turut serta ikut saya ke Vietnam. Soalan yang ringkas, tetapi padu!
" Tuan, bagaimana mahu kekalkan bisnes supaya dapat bertahan ".
Saya faham benar soalannya, memulakan bisnes itu sangat mudah. Namun, mempertahankan perniagaan bukan sesuatu yang senang. Berikut adalah cadangan saya kepada beliau.
Pertama, pilih padang bisnes yang betul sebelum masuk bermain. Kita mahu main di padang pengeluaran, bekalan atau peruncitan ? Jangan tersalah pilih padang, bimbang kita penat berlari, sepak bola sekalipun tidak merasa. Contohnya begini.
Pengeluaran ( manufacturing ) - model bisnesnya lain, caranya lain, fokusnya lain. Contoh begini, kilang jahit itu kalau mesin tidak berjalan ( banyak offline ) maksudnya rugi! Bila siang malam mesin berjalan, maksudnya bagus!
Peruncitan ( retailing ) - model bisnesnya lain, tekniknya lain dan fokusnya lain. Pemain dalam padang ini harus fokus kepada Penjenamaan ( Branding ). Semakin dikenali semakin untung. Perlu fokus kepada aktiviti pemasaran.
Keduanya, sesudah kita memilih padsng yang betul. Kita perlu mempersiapkan diri untuk bermain. Persiapan sangat penting, jangan masuk padang tanpa warm up ! Belajar dahulu, berguru dahulu, bermain dulu di padang kampung sebelum masuk ke liga besar. Tonjolkan diri kita di atas padang, bina karisma dan bijak selalu untuk bertahan.
Untuk sahabat belia saya, jangan ghairah tanpa ilmu. Bisnes bukan sekadar kita punya modal dan pandai matematik. Bisnes itu adalah sebuah proses menjual dan ia adalah perjalanan nan indah. Bina bisnes bertahap-tahap, bersiaplah untuk bersusah payah.
Salam Petang.
Ikram Al-Banjari,
Saudagar Jalanan di Saigon.

No comments: