RESIPI: TOSEI/ DOSAI MAMAK PENANG.
PENGENALAN:
Tosai atau thosai, tosei, dosa adalah makanan ringan yang lazat di jamu-selera diwaktu pagi, petang atau pun malam. Sekiranya anda mengunjungi restoren-restoren Nasi Kandar di Pulau Pinang, tosai seperti menu yang wajib bagi restoren-restoren tersebut di sini. Tosai berasal dari Tamil Nadu, India. Di Malaysia tosai semakin popular dalam kalangan masyarakat majmuk. Sebagai bekas pengusaha restoren nasi kandar, Mamak haji dapati peminat hidangan tosai ini lebih diminati oleh orang Melayu dan Cina daripada kalangan orang India sendiri, yang menjadi makanan tradisional mereka. Maka haruslah Mamak memperturunkan resepi tosei ini untuk menikmati bersama keluarga atau pun menjadikan ia satu kelebihan istimewa di rumah, restoren Melayu atau di kantin-kantin anda. Tosei adalah makanan yang amat rendah kolestrol dikategorikan masakn kesihatan/health food dan sekiranya masak menggunakan kuali tak melekat (non-stickable pan) boleh menghindarkan lemak kosong peratus. Purata nilai kalori sekeping "tosai kosong" adalah 155 kalori bagi satu hidangan. Orang yang gemari permakanan sihat atau diet, tosei adalah makanan yang sesuai. Peminat roti canai yang semakin menjauhkan diri dari roti canai, dengan nilai jumlah lemak dalam penyediaan roti canai boleh beraleh kepada tosei sebagai sarapan atau makan malam.
Sumber: FB Mamak haji
No comments:
Post a Comment