Thursday, September 5, 2013

islam dan pemakanan



ISLAM DAN PEMAKANAN:
Bila ilmu pengetahuan mudah diperolehi, semakin ramai berpengetahuan dalam pemakanan mereka dan ramai yang sudah mula mengambil berat tentang makanan yang mereka ambil dari sudut kesihatan. Mengenai cara permakanan dan bahan makanan banyak tersebut dalam Al- quran dan Hadis. 
Surah Al- Baqarah: ayat 168: maksudnya, "Wahai sekelian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya, syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu". "Tayyib" dalam persuratan bahasa Al-Quran bermaksud makanan kesihatan atau "health food".
Satu lagi surah di Al-Quran mengenai makanan ini: Surah Al-An'nam: Ayat 141 : " Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamanya dan tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk dan rupanya); dan buah zaiton dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersama (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakannya); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau."
Kadang-kala kita membaca tetapi jarang amalkan apa yang kita baca. Banyak juga hadis-hadis mengenai bab pemakanan ini. Banyak hadis mengatakan Rasullullah s.aw. amat gemar makan daging kambing. Tapi kita lebih suka makan daging lembu dari daging kambing kerana kita anggap, "daging kambing banyak kolestrol". Yang banyak kolestrol itu daging kambing import (kambing biri-biri) bukan daging kambing kampung.

Dlm sahih Bukhari 65:365 Nabi s.aw. bersabda: Bermaksud, "sesiapa yang makan 7 biji kurma "Ajwa" pada setiap pagi, boleh menghindarkan dari racun dan perbuatan sihir pada hari yang dia makan". Bila mamak haji tulis mengenai sihir, ada yang kata, Mamak haji temberang, Ada pula mengatakan, mana ada sihir menyihir ini. Ini Nabi Besar s.a.w sabda tentang sihir dan makanan yang boleh membantu menghindarkan sihir.

Dalam Sahih Bukhari juga 65:366 Dari Ibn Abbas r.a: "Nabi s.a.w bersabda, bila mana habis makan jangan lap tangan sebelum tangannya dijilat terlebih dahulu.". Bila dalam jamuan yang dianjurkan oleh orang Islam, kita jilat tangan orang pandang kita macam loya?. Kita perlu mengajar sunnah Nabi s.a.w tentang makanan dan adab makan ini kepada anak-anak kita





No comments: