RESEPI BEGEDIL AYAM
Begedil Ayam atau " Chicken Cutlet " adalah makanan ringan yang amat sedap dimakan bersama dengan sebarang menu utama. Di Johor Bahru mamak pernah dihidangkan begedil daging bersama dengan mee soto. Maka mamak rasa begedil ini boleh juga dimakan bersama hidangan bihoon sup, nasi lemak atau makan bersama dengan nasi . Walau pun begedil ini disediakan berbagai seperti isi ikan, daging atau ayam mamak pilih ayam kerana daging ayam adalah putih dan ia boleh dikategorikan makanan sihat. Begedil adalah masakan yang paling mudah disediakan, kos dan bahan masakan yang paling minima, dan sedap untuk dimakan. Pengusaha Kantin dan Restoren boleh mencuba resepi ini sebagai menu sampingan tambahan kepada resipi-resipi harian yang sedia ada dengan menggunakan ketulan lauk ayam yang yang berlebihan dari jualan harian. Tapi kena ingat, basuh bersih ketulan dan rebus ketulan ayam itu kembali sekurang-kurang dengan api sederhana selama 30 minit.
Bahan-bahan.
Daging Ayam 1/2 kg. (2-3 ketul bahagian dada yang standard). Dibersihkan dan direbus dengan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
5-7 bji kentang sederhana besar.
1 biji bawang besar dicincang (kiub).
2 batang daun sup dicincang.
2 cili hijau atau cili merah dipotong halus.
1/2" halia dicincang.
1/2 sudu jintan putih (kalau suka berempah).
Secubit serbuk lada putih.
1 biji telur dipukul rata untuk disalut dan goreng begedil.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk goreng.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ketulan ayam dan rebus. Setelah isi daging ayam cukup masak, keluarkan dan carikan isi ayam. Tulang daging ayam perlu dihindarkan.
2. Kopek kulit ubi kentang, potong dadu ubi kentang dan goreng sehingga lembut. Angkat dan toskan minyak berlebihan. Terus masukan dan bekas dan lenyek ubi bersama ayam tadi. (ubi mudah dilenyek semasa masih lagi panas).
3. Masukan daun sup, bawang dihiris halus, cili hijau, , lada putih, Jintan putih dan garam.
4. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tadi dan bulatkan dengan saiz yang anda ingin dan diakhiri dengan leperkan sedikit (seperti cucur badak).
5. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Minyak perlu lepasi paras ketebalan begedil. Untuk goreng begedil perlu diingat minyak perlu panas. Jika tidak begedil anda akan bertaburan dalam kuali. Tentukan kepanasan minyak dengan masuk dua tiga titik telur yang dipukul yang disediakan.
7. Setelah minyak panas, Celurkan dalam telur dan masukkan terus dalam kuali. Jangan masukan terlalu banyak begedil untuk digoreng dalam satu masa kerana ia akan menurunkan suhu panas minyak. Anda yang pertama kali buat cuba goreng satu persatu. Ingat! Kita bukan masak begedil ini tetapi cuma salutan telur yang perlu masak bukan isinya. Terbalikan gorengan dengan cermat apabila begedil itu telah mula bertukar warna. Gorengan ini cuma dalam 3-4 minit saja. Keluarkan begedil dari kuali dan letakan di atas tuala kertas dapur (kitchen towel) untuk menyerap minyak yang berlebihan. Hidangkan. Selamat Mencuba
sumber: FB mamak haji
No comments:
Post a Comment