Thursday, September 5, 2013

TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP

TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP.

Kadang-kala kita bingung tentang resepi ayam goreng ini yang ada berbagai-bagai jenis resepi dan juga kaedah goreng. Ramai di antara kita dengan bangga dengan mengakui resepi kita, adalah resepi rahsia yang terbaik. Cara penyediaan ketulan ayam untuk gorengan pula disediakan dengan berbagai cara untuk digoreng, seperti ada yang rendam dalam susu butter (butter milk) dengan ketulan ayam diperap semalaman dengan susu butter (butter Milk) dan ada juga guna yogurt, sour krim dan tidak ketinggalan diadunkan dengan aroma rempah ketimuran seperti bawang putih, halia atau bahan rempah dari negara timur atau pun dari barat. Resepi penyediaan tepung untuk ayam gorengan ayam atau batter dengan gunakanbahan-bahan yang haram untuk orang Islam seperti menggunakan minuman beralkohol Bir atau bahan berunsurkan alkohol untuk mendapatkan keputusan gorengan yang terbaik. Apa yang anda perlu ingat tentang semasa gorengan ayam ialah: Dalam menyediakan apa jua resepi ayam goreng, faktor paling utama ialah "Suhu Minyak" untuk gorengan dan juga langkah-langkah yang betul semasa goreng ayam itu. Mamak pernah menulis diblog ini tentang resepi berjudul, "Ayam Goreng Berempah Mamak Penang". Ramai di antara pengunjung email menyatakan, keputusan ayam goreng resepi Mamak tidak sama seperti Ayam Goreng yang dijual Restoren Nasi kandar serata Negeri. Di sini mamak ingin terangkan Ayam Goreng KFC yang di gelar," sehingga menjilat jari", tak sama dengan ayam goreng McD dan ayam goreng McD pula tak sama dengan ayam goreng si Kenny Roger. Pendek kata setiap resepi ayam goreng yang berkualiti tidak sama bentuk fizikal atau pun rasanya. Ayam Goreng di restoren nasi kandar juga tak sama di antara restoren.

Maka apa yang kita perlu fahami ialah asas gorengan bersuhu panas atau "deep Frying". Tentang minyak gorengan, Mamak akan terangkan panjang lebar dalam tulisan yang akan datang yang bertajuk "cara jimatkan minyak masak". Suka juga mamak ingatkan dari anda cari resepi popular orang lain, biar reka resepi anda sendiri dan popularkan resepi anda. Resepi ini kelak akan menjadi Resepi Ayam Goreng Keluarga yang teristimewa.

No comments: