Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kepala Selalu
Pilihan 1: Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang 1 kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tersebut. Amalkan selama 2 atau 3 hari berturut-turut. Anda akan berasa segar dan ringan kepala.
Pilihan 2: Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
Pilihan 3: Tumbuk 6 helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
Pilihan 4: Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan dan tapis. Kemudian, basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika. Apabila sudah kering, basuh bersih-bersih.
Pilihan 5: Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
Pilihan 6: Rebus beberapa biji kulit manggis dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tetapi jangan sampai terminum pula airnya.
Sumber: FB ensaiklopedia petua melayu lama
No comments:
Post a Comment