Friday, September 6, 2013

Bahaya Amalan Minum Air Sejuk:

Untuk yang suka minum air sejuk, bacalah artikel ini...

Bahaya Amalan Minum Air Sejuk:

Minum air sejuk selepas makan adalah perkara yang sering dilakukan kebanyakan orang. Minum air sejuk memang enak, seperti teh o ais, milo ais, teh o longan ais, aiskrim, jus buah, dan berbagai-bagai lagi. Namun begitu, tahukah anda sekiranya diamalkan berterusan ia akan memberi kesan yang tidak elok bagi tubuh?

Air sejuk yang saya maksudkan dalam post ini adalah jenis air sejuk berais dan juga air sejuk yang disimpan dalam peti sejuk. Saya harap para pembaca faham maksud air sejuk di sini. Air masak, air suam, air pada suhu bilik TIDAK termasuk ya.

Menurut ilmu perubatan, minum air sejuk selepas makan akan mengentalkan makanan berminyak yang baru diambil. Ini akan melambatkan proses pencernaan kerana tindakbalas enzim pencernaan akan berkurang atau terbantut sekiranya berada di dalam persekitaran yang sejuk.

Amalan minum air sejuk ini juga boleh menyebabkan PERUT MEMBUNCIT akibat timbunan lemak. Minyak dan lemak yang baru dimakan akan menggumpal akibat air yang sejuk. Apabila lemak-lemak terbentuk dalam usus, ia akan menyempitkan saluran pencernaan dan lama kelamaan akan menyebabkan lemak terkumpul sehingga kita semakin gemuk. Apabila kita gemuk, risiko mendapat penyakit akan menjadi lebih tinggi.

Selain itu, meminum minuman sejuk boleh mengakibatkan mengecutkan saluran-saluran darah. Pengecutan ini boleh menganggu/menyekat pengaliran darah dan perkara ini amat berbahaya terutamanya bagi golongan yang menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung koroner, minum air sejuk akan meningkatkan risiko serangan jantung. Hal ini adalah kerana saluran koronernya boleh mengeras dan atau mengecut sehingga menghalang aliran darah ke jantung.
(Sumber:mynutrivalley.com)

No comments: