GARAM BUSUK / GARAM AMONIA/AMMONIUM CARBONATE/BAKER'S AMONIA SALT.
Dlm komen mamak haji terbaca komen sahabat Fb..yang bertanyakan tentang garam busuk yg dimaksudkan untuk gunakan dlm cucur passembur mamak dan juga kueh batang koh atau "cakui". Maaf mammak haji memang nak jawab tapi tak kesempatan. Garam Busuk ini gelaran yang diberikan oleh mamak buat passembur. Nama saitifiknya Ammonium Carbonate. Ia adalah ajen "penaik" doh tepung sama seperti yis, baking powder atau soda. Garam busuk atau amonia punyai ciri yg menghasilkan bueh semasa dipanaskan dan wujudkan rongga-ronggan utk meringankan dan melembutkan hasil gorengan atau pun bakaran dgn tindakan gluten dari tepung digelantinkan. Hasil tindakan kimia ini gas dihasilkan dan rongga diwujudkan dlm doh kita dgn terbebasnya gas ini. Tindakan sama dgn baking powder tetapi kena perlu gunakan garam amonia ini dlm cucur passembur?. Salah satu sebabnya ialah kos bahan ini lebih murah kerana nisbah kegunaannya ialah 1:2. Sekiranya 1/2 sudu garam amonia sama dgn 2 sudu baking powder. MASALAH GARAM AMNONIA IALAH IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DLM DOH YANG TINGGI SEPERTI KEK ATAU ROTI. Kerana gas yg dibebaskan amonia terperangkap dlm masakan anda menyebabkan bau yg kurang menyenangkan.
Garam ini lebih sesuai digunkan doh atau adunan yg leper seperti biskut. Biskut cream crakers gunakan bahan ini utk meringankan dan garingkan biskut itu. Maka semasa ingin buat cucur udang untuk rojak atau passembur tentukan adunan anda leper yea. Kita perlu gunakan garam amonia untuk dapatkan garingan dan juga kerangupan cucur kita supaya bila bubuh kuah, cucur tak lembik dan kembang. Inilah rahsia kerangupan cucur passembur atau rojak mamak. Terima Kasih pada yg bertanya.
sumber: FB mamak haji
No comments:
Post a Comment