Thursday, September 5, 2013

Serba serbi Serbuk

MEMAHAMI SERBUK PENAIK, SODA DAN YIS DAN GARAM AMONIA.

Baking Powder atau serbuk penaik ini ada dua jenis ia itu single action dan double action. Inilah sebab ada serbuk penaik yang berharga murah dan ada yang berharga mahal. Double action atau dwi tindakan ini ialah, berkembang dua kali, sebelum masak dan semasa masak. Anggaran biasa kegunaan BAKING POWDER biasanya ialah 2 cawan tepung dengan 1/2 sudu kecil. Soda pula digunakan untuk meronggakan tepung dalam masakan kita kerana udara yang dibebaskan adalah lebih bersaiz besar berbanding dengan baking powder. Yis pulak sejenis kulat yang hidup dan membiak dalam tepung mengikut suhu sekeliling. Yis amat sesuai digunakan untuk cucur udang, kalau pakai baking powder saja ia tak menjadi. Kalau guna bersama ia akan lebih lembut hasilnya. Biasanya Yis akan mengembangkan teppung gorengan tetapi sukar nak kekalkan kembangan melalui udara dan baking powder ambil alih tugas untuk mengekalkan kembangan ini bila sejuk. Cucur udang yg digoreng yis memang kembang baik masa pansa tapi bila sejuk ia mengecut. Cuba tambah baking powder sikit ia akan kekalkan kembangannya. Biasa dengar nama kueh "batang koh" disini?. Ia itu sejenis kueh menggunakan yis dan tepung dan dipotong memanjang dan di goreng dan sedap dimakan dengan sambal kacang?. Sebenarnya kueh ini orang kita buat mengikut kueh orang Cina yang di gelar "you tiau" atau orang KL gelar, "Cakoi". kueh "you tiau" orang Cina lebih ranggup dan putih tepungnya. "Batang koh" yang dijual pasar malam itu seperti roti bun goreng je..liat!. Rahsia untuk memutihkan tepung you tiau ialah penggunaan bahan masakan "alum". Jangan terkejut kalau dengar namanya. Sebenarnya alum ialah orang kampung panggil "Tawas", yang biasanya orang kampung gunakan untuk menjernihkan air telaga kalau keruh. Ini dipanggil "bleaching" tepung gandum dalam bahasa masak...hahaha. Inilah sebab pau tepung biasa kita buat warnanya tak putih mcm cuci dengan sabun breeze. Sekiranya gunakan tepung pau yang jual itu dapat hasil warnanya putih melepak. "you tiau" kueh cina itu garing dan rangup dipermukaan luar, ini disebabkan ia diadunkan dengan garam amonia masakan, Garam amonia ini biasa digunakan untuk kueh biskut untuk jadikan garing. kena tahan bau dari garam amonia oklah....hahaha!. Untuk meronggakan kueh batang koh didalamnya perlu gunakan soda. Inilah "cha koi" yang garing dan enak. Kueh ini memang banyak rahsia diselindungkan oleh pembuatnya. Kadang-kala semasa merayau di pasar malam banyak mamak haji nak tegur. Tapi teguran selalunya orang kita tak mahu terima. Mamak haji dari belajar masak sampai ke tua sekarang memang tak suka buat kueh. Mamak haji angkat tangan, memang tak minat tapi minat temgok kueh yang unik dari hasil tangan begitu artistik. Sekiranya pengunjung nak resepi kueh dan kek-kek yang mengancam kunjungilah blog-blog yang hebat ini.http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/ atau http://zalinah.blogspot.com/ atau yang terror buat kek: http://qasehququinnie.blogspot.com/ depa ini memang terror buat kueh-muih ini.

sumber: FB mamak haji

No comments: