Petua Untuk Menghilangkan Kudis Di Kepala
Jika anda menghadapi masalah kudis di kepala, jangan cuba hilangkannya dengan membasuh rambut dengan syampu. Ini kerana, ia akan merangsangkan lagi kudis tersebut. Titikkan atau tumbukkan sedikit kunyit hidup dan campurkannya dengan minyak masak. Jerangkan di atas dapur dengan menggunakan api yang perlahan selama 15 hingga 25 minit. Tutupkan api dan biarkan ia sehingga menjadi suam. Kemudian sapukan ia ke atas kudis. Lakukan beberapa kali hingga kudis tersebut berkuping dan kemudiannya tanggal.
No comments:
Post a Comment