Wednesday, May 7, 2014

Petua Psikologi Untuk Menangani Orang Yang Suka Menyindir

Petua Psikologi Untuk Menangani Orang Yang Suka Menyindir
a. Biasanya orang akan menyindir kita kerana orang yang menyindir itu datang dari golongan “zon selesa”, yakni “comfort zone”. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri. Sebenarnya, mereka “tidak selesa” denga kita oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih daripada mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif terhadap kita adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada “zon selesa” mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan. Ini bertunjang pada sikap dengki, khianat dan lain-lain yang negatif.
b. Apa yang anda boleh buat? Secara diam-diam, anda biarkan sahaja (kononnya “memaafkan” mereka yang mengkritik dan menyindir anda). Sekiranya anda diam dan “memaafkan mereka”, anda akan merasa satu ‘bebanan’ hilang dari diri anda. Anda “memaafkan” mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha dan kejayaan anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri dan keterampilan diri anda. Setelah anda “memaafkan” mereka, teruskan usaha anda dan maju ke hadapan untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan, demi untuk faedah diri anda sendiri.
c. Biarkan mereka bersendirian. Orang yang tidak ada hala tuju dalam hidup selalunya akan sibuk mengkritik atau menyindir orang lain. Semua itu kerana banyak sangat kekurangan dalam diri mereka dan sudah tentu mereka tidak berupaya menandingi diri anda.

No comments: