Sunday, May 4, 2014

Hilangkan Lemak Dengan Mudah!

Idamkan badan yang ramping dan kurus? Tetapi kalau dilihat badan sekarang memang susah untuk diturunkan.

Ditambah lagi dengan keadaan perut yang semakin membuncit dan lemak di sini dan di sana, hanya tinggal mimpi sahaja untuk mendapatkan bentuk badan seperti ratu dunia!

Janganlah mudah berkata begini, apakata anda cuba dahulu petua ini. Lazimnya apabila anda mengamalkan sesuatu petua, biarpun prosesnya mengambil masa yang lama namun percayalah anda tidak akan menyesal.

Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut.


Parut dua biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya dan campur dengan sebiji air perahan limau nipia. Bancuh sehingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari sehingga berat badan anda turun.

Selain dari petua di atas, anda juga boleh menggunakan petua ini.

Ambil 2 sm kunyit hidup. Tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum seiring dengan tiga kali selawat, pada waktu pagi dan malam.

Perlu diingat bahawa anda juga harus menjaga pemakanan. Selamat Mencuba! 

Sumber: Mingguan Wanita!

No comments: