Ramai yang mengadu apabila menyediakan manisan puding yang dicampur dengan telur, hasilnya amat menghambarkan ekoran dari bau telur yang hanyir telah menyebabkan puding kurang enak.
Oleh kerana demikian, ada sesetengah yang menghindarkan diri untuk mengikut resepi puding yang dicampurkan telur. Kali ini anda jangan lagi berasa bimbang. Ada tips untuk anda menyelesaikan masalah mudah ini.
Jika anda perhatikan putih telur, ada bahagian yang lebih pekat dan dapat diasingkan dari keseluruhan putihnya. Inilah ‘pusat’nya dan jika anda asingkan kuning telur terlebih dahulu, kemudian biarkan bahagian putihnya jatuh perlahan-lahan dari celah jari-jemari, anda akan mendapati ‘pusat’ itu memang mudah dibuangkan. Anda juga boleh simpan telur di dalam peti sejuk kerana petua ini akan memudahkan anda mengasingkan putih telur dan kuning telur.
Dengan menggunakan cara ini anda tidak perlu risau lagi untuk menggunakan telur sebagai sebahagian dalam menyediakan puding kegemaran anda.
No comments:
Post a Comment