Wednesday, May 7, 2014

Petua Merangupkan Kubis Di Dalam Coleslaw

Ramai yang ingin tahu bagaimana hendak mengekalkan kerangupan kubis apabila membuatColeslaw bukan? Dan bagi kebanyakkan ramai orang, apabila menghiris halus kubis, mereka akan terus mencampurkan kubis dengan bahan-bahan lain dan adakalanya, Coleslawmenjadi terlampau berair! Ini menyebabkan sesiapa yang ingin memakan Coleslaw anda juga boleh terbantut dek kerana keadaan sajian itu pun sudah boleh mematikan ‘mood’ walaupun rasanya memang sedap.

Untuk mengatasi keadaan ini berikut ada panduan yang boleh anda ikuti. Perkara yang pertama adalah dengam merendam 2 cawan hirisan (halus) kubis di dalam air bergaram selama 1 jam (letak di dalam peti sejuk).

Kemudian anda haruslah toskan dan gaul dengan 8 camb cuka, 8 camb gula dan garam, biarkan selama 30 minit. Satukan krim masam, mayonis, jus limau nipis, gula dan garam, seterusnya campurkan dengan hirisan 1 batang lobak dan kubis (sejat dan buangkan airnya jika ada). Letak di dalam bekas bertutup, simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan terus. 

Pastinya apabila anda mengikuti semua panduan tersebut dengan bijak dan berhati-hati, anda akan berpuas hati dengan hasilnya kelak! Selamat Mencuba. 

No comments: