Siapa yang tidak menggilai teh tarik yang dibuat di kedai mamak? Sehinggakan ada para suami terutamanya sanggup singgah di kedai mamak pada waktu malam hanya untuk minum teh dari mereka. Sebagai seorang isteri,apabila suami lebih gemar minum teh tarik di luar walaupun telah dihidangkan teh tarik ‘buatan sendiri’ tetapi tidak diminum, tentunya perasaan ‘tercabar’ ada bukan?
Berikut adalah resepi rahsia yang anda telah ketahui dan boleh lakukan sekarang untuk mengikat suami anda minum teh tarik di rumah sahaja!
Pertama, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dalam kuantiti yang dibuat sendiri oleh mereka). Mungkin kombinasi teh cap yang berbeza. Ada juga teh yang dibawa khas oleh mereka dari India.
Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan ‘buih’ apabila teh itu ditarik. Ada juga yang mencampurkan sedikit creamer (dalam bentuk serbuk) untuk memberikan rasa lemak.
Ketiga, minuman itu dikacau dan dibancuh dengan sebatang sudu yang sengaja dicelupkan di dalam sebiji kole berisi air garam! Sudu ini digunakan berulang kali sepanjang hari. Titisan air garam yang terlekat pada sudu itulah yang memberian rasa ‘ummmph’ atau ‘kaw’ pada teh tersebut.
Selepas ini anda bolehlah mencuba dan rasai kelainannya sendiri nanti! Selamat mencuba.
Sumber:Majalah Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment