Zaman pelangan mencari pengusaha penjual makanan kian hilang. Kini pengusaha restoren atau gerai makan perlu mencari pelangan. Kita bukak kedai makan soalan pertama kena tanya diri kita ialah, "kenapa pelangan perlu datang ke kedai kita, bukan ke kedai sebelah?". Apa yang istimewa ada pada kedai kita dan tak ada pada kedai orang lain?. Kalau ada jawapan itu anda selamat berniaga.
Perniagaan Lunch box ini bukan hanya bertumpu kepada memberi perkhidmatan makan tengah tetapi ia boleh memberi perkhidmatan membekal sarapan pagi, makan malam atau pun untuk makan tengah hari di seminar, mesyuarat di pejabat-pejabat perniagaan kecil dimana tidak mempunyai kemudahan tempat untuk menjamu-selera. Lunch Box juga menjadi pilihan utama untuk pekerja kilang yang tidak mempunyai kemudahan kantin atau tempat makan yang jauh dari tempat kerja. Potensi perniagaan Lunch Box adalah amat besar untuk diterokai.
CARA MULAKAN PERNIAGAAN 'BOX LUNCH'.
Box Lunch akan mengubah cara makan kita yang semakin sibuk dengan urusan harian. Masa untuk beratur panjang menikmati makan tengah hari di restoren nasi kandar atau menjamu selera makan tengah hari di kerusi empuk akan hilang di masa hadapan. Kesesakan tempat letak kereta, kesesakan jalan raya, tol, kenaikan harga minyak dan juga restoren yang penuh sesak dengan pelanggan yang perlu berebut tempat duduk akan membosankan pekerja-pekerja pejabat di bandar-bandar kosmopolitan atau bandar besar yang sibuk.
Kebanyakan pejabat-pejabat komersial yang kecil dan sederhana ini biasanya tidak di sediakan kemudahan kantin menyukarkan untuk makan tengah hari bagi pekerja pejabat-pejabat ini. Maka wujud lah perniagaan katering memberi perkhidmatan kepada pekerja-pekerja pejabat ini menjamu selera hidangan tengah hari di tempat kerja tanpa membazirkan waktu, tenaga dan juga kewangan mereka. Perkhidmatan "Lunch Box" ialah makan tengah hari yang dipilih secara induvidu dengan dipersembahkan dengan cara yang amat menawan dengan kotak yang istimewa.
Jangan salah anggapan "Lunch Box" bukanlah seperti nasi bungkus yang dibungkus di restoren atau warung. Itu namanya nasi bungkus. Masih ada juga peniaga yang nak untung banyak bungkus dengan kertas surat khabar lama yang kurang laku sekarang. Entah berapa ramai yang berpenyakit kulit pegang surat khabar yang dibungkus nasi itu. Orang Cina pun dah tak pakai surat khabar lama dah, pakai tisu, tisu yang depa pakai kesat itu, ada juga taukeh warung letak kat atas meja makan. Perniagaan Lunch Box boleh diperkembangkan dan punyai daya maju yang amat cemerlang di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment